Utusan Borneo (Sabah)

DEPOH PERTAMA SIMPANAN KEPERLUAN BERNILAI RM8.9 JUTA

Dijangka mampu menampung bekalan asas untuk mangsa bencana di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pembinaan Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) yang pertama di Sabah dijangka mampu menampung bekalan keperluan asas selama dua minggu untuk 100,000 mangsa bencana di seluruh negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, depoh yang bernilai RM8.9 juta itu siap dibina pada 10 Disember 2020.

Menurutnya, ia berfungsi sebagai tempat penyimpana­n, persediaan dan pengagihan bekalan barangan dan keperluan mangsa bencana.

Beliau berkata, peruntukan pembinaan depoh berkenaan disediakan kementeria­nnya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai penyelaras.

“Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM adalah salah satu agensi utama kerajaan yang bertanggun­gjawab melaksanak­an penyaluran bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa bencana di semua pusat pemindahan.

“Sehingga kini, JKM mempunyai lapan depoh iaitu di negeri Kedah, Johor, Selangor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak, dan yang terbaharu di Sabah.

“Semoga dengan kewujudan DSKB di Sabah ini, ia akan memperkema­s dan melancarka­n lagi proses pengurusan bantuan kepada mangsa bencana,” katanya.

Rina berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Kasih Prihatin Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sini semalam.

Menurutnya, KPWKM sentiasa komited dalam memberikan perkhidmat­an yang terbaik terutama kepada mangsa bencana.

Dalam pada itu katanya, tahun ini Sabah turut menerima agihan peruntukan terbesar berbanding negeri-negeri lain di bawah KPWKM membabitka­n peruntukan sebanyak 345.9 juta.

Usaha itu jelasnya, menjadi manifestas­i kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat prihatin kepada Kebajikan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, sekiranya ada pihak luar yang mahu menghulurk­an bantuan kepada mangsa bencana, sumbangan yang diberikan itu boleh diletakkan di DSKB dengan penyelaras­an daripada pihak JKM terlebih dahulu.

Pada majlis itu, Rina menerusi YKN turut menyampaik­an sumbangan yang diberikan oleh beberapa syarikat swasta untuk diagihkan kepada golongan asnaf terpilih serta rumah anak yatim di negeri ini.

“Melalui program Kembara Prihatin Negara yang mengangkat nilai

‘Corporate Shared Value, KPWKM menjalanka­n kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak korporat, dan berjaya mendapatka­n sumbangan korporat terkumpul sebanyak RM622,000 bermula 1 November 2020 untuk negeri Sabah.

“Daripada jumlah ini, sebanyak RM100,000 diperuntuk­kan untuk penyediaan dan pengagihan 10,000 bakul makanan kepada 10,000 keluarga,” katanya.

Menurutnya, menerusi inisiatif Kembara Prihatin Negara, inisatif PERMAI, peruntukan khas Kementeria­n Kewangan dan peruntukan di bawah Tabung COVID NADMA, sebanyak 206,000 bakul makanan berjaya disampaika­n kepada keluarga di negeri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM20.6 juta.

Turut hadir, Ahli Parlimen Beaufort merangkap Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Azizah Mohd Dun dan Ahli Dewa Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Amisah Yasin.

 ??  ?? DEPOH: Rina (kiri) meninjau barangan keperluan yang terdapat di DSKB selepas merasmikan depoh berkenaan. Turut kelihatan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Shahelmey Yahya (dua kanan).
DEPOH: Rina (kiri) meninjau barangan keperluan yang terdapat di DSKB selepas merasmikan depoh berkenaan. Turut kelihatan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Shahelmey Yahya (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia