Utusan Borneo (Sabah)

Dua maut, satu parah dilanggar pacuan empat roda

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Dua maut manakala seorang parah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika sedang menukar tayar di Batu 5, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Penguasa Bomba (PB) Martin Thomas berkata, dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, identiti ketiga-tiga mangsa masih belum diperolehi setakat ini.

Martin berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu kira-kira jam 1.21 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba Sandakan telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 6 kilometer dari balai bomba,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Rosmedian Haji Majid dengan kekuatan lapan anggota penyelamat bersama kekuatan logistik sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS.

“Laporan ketua operasi memberitah­u kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda dan sebuah van pengangkut­an awam,” katanya.

Martin berkata, mengikut laporan saksi di tempat kejadian, pacuan empat roda telah melanggar van pengangkut­an awam yang sedang berada di bahu jalan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa terdiri daripada pemandu dan penumpangn­ya dikatakan sedang menukar tayar van yang pancit di tepi jalan sebelum kejadian berlaku.

Pihaknya telah mengeluark­an seorang mangsa dari bawah kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata, pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Martin berkata, mayat mangsa telah dihantar oleh pihak polis ke HDOK untuk dibedah siasat.

 ??  ?? MAUT: Mangsa yang dilanggar pacuan empat roda dibantu oleh orang ramai.
MAUT: Mangsa yang dilanggar pacuan empat roda dibantu oleh orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia