Utusan Borneo (Sabah)

Enam PTI, seorang rakyat tempatan ditahan di RCP Sapi Nangoh

- Oleh Yusop Teppo

BELURAN: Polis menahan enam pendatang tanpa izin (PTI), seorang warga tempatan dalam sekatan jalan raya (SJR) Pusat Pemeriksaa­n Daratan (RCP) Sapi Nangoh, petang Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan Kasim Muda berkata, IPD Beluran sedang menjalanka­n siasatan berkenaan satu laporan tangkapan enam PTI berumur lingkungan 18 hingga 59 tahun dan seorang warga tempatan, 29, yang telah dilaksanak­an oleh anggota bertugas di sekatan jalan raya itu kira-kira jam 6.45 petang.

Beliau berkata, pihak polis IPD Beluran telah menerima laporan berkenaan tangkapan itu kira-kira jam 12.06 malam pada Sabtu.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua tangkapan dalam perjalanan dari Berkat Setia menuju ke arah Sapi Nangoh dengan tujuan berpindah tempat kerja dan melalui SJR di RCP Sapi Nangoh Beluran.

Katanya, hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat tujuh orang lelaki dewasa berada di dalam satu buah kenderaan jenis van, enam daripadany­a gagal untuk menunjukka­n dokumen perjalanan diri yang sah manakala pemandu kenderaan terbabit merupakan warga tempatan.

“Bayaran tambang untuk penghantar­an juga telah dikenakan sebanyak RM70 untuk seorang,” katanya.

Kasim berkata, kesemua tangkapan dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid untuk menjalani ujian calitan COVID-19 sebelum dimasukkan ke lokap Balai Polis Telupid.

“Permohonan ke Jabatan Imigresen juga akan dilakukan untuk memohon berkenaan status tangkapan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarka­n migran haram berada di dalam suatu premis (kenderaan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia