Utusan Borneo (Sabah)

PEMERKASA nadi bangkitkan sektor PKS

Komuniti usahawan dan industri Sabah optimis pakej rangsangan keenam kerajaan PN

- Oleh Yap Siong Han

PROGRAM Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), pakej rangsangan keenam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membawa banyak manfaat kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya pelanconga­n dan peruncitan.

Ramai usahawan dan pemain industri di Sabah berterima kasih kepada Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berusaha bersungguh-sungguh memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata, pengusaha pelanconga­n di negara ini sangat mengalu-alukan PEMERKASA, khasnya kelonggara­n yang diberikan terhadap sekatan

perjalanan.

Katanya, tidak dinafikan pakej rangsangan itu akan menghidupk­an semula industri pelanconga­n domestik di negara ini.

Menurutnya, MATTA sentiasa mempunyai hubungan yang erat dengan Kerajaan PN sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara ini.

“Kami sangat gembira kerajaan telah memberikan maklum balas yang baik terhadap cadangan kami.

“Ini menunjukka­n hubungan yang erat di antara kerajaan dan sektor swasta merupakan kunci utama kepada pemulihan industri pelanconga­n,” katanya.

Beliau juga berharap pendekatan yang diperkenal­kan kerajaan akan memberikan harapan baharu kepada lebih 5,000 ejen pelanconga­n untuk mengharung­i detikdetik mencabar.

Tan berkata, pengusaha pelanconga­n juga berharap sempadan negara dapat dibuka semula bagi membenarka­n pelancong antarabang­sa masuk ke Malaysia selepas pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan geran khas secara sekali bayar berjumlah RM3,000 kepada agensi pelanconga­n yang berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) serta pengecuali­an cukai terhadap pakej pelanconga­n yang ditawarkan oleh ejen pelanconga­n berdaftar, yang mana semua ini dicadangka­n oleh MATTA sebelum ini.

“Kami akan sentiasa terlibat sama dalam meninjau inisiatif-inisiatif yang diusahakan kerajaan bagi membantu pengusaha pelanconga­n,” katanya.

Kami akan sentiasa terlibat sama dalam meninjau inisiatif-inisiatif yang diusahakan kerajaan bagi membantu pengusaha pelanconga­n. Datuk Tan Kok Liang Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA)

Dalam menghadapi cabaran wabak ketika ini, kerajaan akan terus memelihara kebajikan rakyat terutamany­a mereka yang masih terjejas. Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAHARU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumka­n Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada Rabu lalu.
— Gambar Bernama TERBAHARU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumka­n Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada Rabu lalu.
 ??  ??
 ??  ?? Datuk Tan Kok Liang Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA)
Datuk Tan Kok Liang Presiden Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia