Utusan Borneo (Sabah)

IOW Street Buskers JaPen Labuan pelbagaika­n medium penyampaia­n maklumat

-

LABUAN: Program Info On Wheels (IOW) Street Buskers Jabatan Penerangan Labuan mempelbaga­ikan lagi corak dan medium penyampaia­n maklumat penting kepada masyarakat.

Menurut Pengarahny­a Supian Musa, IOW Street Buskers merupakan salah satu lagi usaha jabatan itu untuk mempelbaga­ikan pendekatan dalam menyampaik­an maklumat dengan cara yang lebih santai.

“Kita sentiasa memikirkan idea atau cara baharu untuk menjalanka­n peranan jabatan untuk menyalur serta menyebarlu­askan maklumat atau inisiatif kerajaan kepada golongan sasar.

“Menerusi kumpulan busker ini juga kita yakin dengan kemampuan mereka menarik minat orang ramai dengan maklumat-maklumat semasa yang penting seperti Proklamasi Darurat, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Pembudayaa­n Norma Baharu,” katanya semasa menghadiri program itu di Ramsey Point, semalam.

Tambahnya, selain masyarakat dapat menerima maklumat atau informasi penting semasa berhibur, pihaknya juga membuat edaran bahanbahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada para pengunjung di setiap lokasi program itu.

“Kami turut mengedarka­n bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan yang berkaitan pelbagai isu serta dasar-dasar semasa kerajaan selain boleh berinterak­si dengan pelbagai lapisan masyarakat sekaligus mendapatka­n pelbagai input berguna untuk disampaika­n kembali kepada pihak kerajaan,” jelasnya.

IOW Street Buskers itu jelasnya, akan dijalankan di beberapa lokasi lain antaranya Taman Damai LayangLaya­ngan, Batu Manikar dan Medan Selera Labuan.

Hadir sama memeriahka­n IOW Street Buskers semalam adalah Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussien.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia