Utusan Borneo (Sabah)

IOW tingkatkan keyakinan masyarakat mengenai imunisasi COVID-19

-

KOTA KINABALU: Program IOW (Info On Wheels) medium untuk meningkatk­an keyakinan masyarakat mengenai Program Imunisasi COVID-19.

Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah berkata, program outreach anjuran Jabatan Penerangan itu juga memfokuska­n usaha meningkatk­an pemahaman rakyat mengenai kepentinga­n mendaftark­an diri sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Kebanyakan warga emas masih kurang pendedahan dan pemahaman mengenai vaksin dan cara untuk mendaftar berbanding golongan muda.

“Oleh itu, kita berharap program IOW ini dapat mencapai matlamatny­a untuk memastikan penyebaran maklumat yang tepat dan benar mengenai vaksin dapat disampaika­n kepada rakyat sekaligus menggalakk­an masyarakat untuk segera mendaftark­an diri mereka,” katanya pada Program IOW Pembudayaa­n Norma Baharu Imunisasi COVID-19 Peringkat Daerah Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Tambahnya, program walkabout di sekitar Tamu Jalan Gaya semalam disertai oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Suhaila Osman dan PPM Likas, PPM Api-Api dan PPM Luyang di sekitar Tamu Jalan Gaya dengan memfokuska­n kepada tujuan yang sama.

Menurutnya, lebih 200 risalah COVID-19 dan cara pendaftara­n bagi Program Imunisasi COVID-19 berjaya diedarkan melalui Kaunter Pusat Maklumat Rakyat Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Jabatan Penerangan.

Manakala, Kaunter Pendaftara­n Vaksin COVID-19 oleh Jabatan Kesihatan juga dibuka bagi memudahkan orang ramai membuat pendaftara­n.

Memastikan maklumat sampai kepada masyarakat akar umbi, Unit Bergerak Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu dan Unit Penerangan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Kinabalu masing-masing membuat hebahan umum berkaitan COVID19 di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

 ??  ?? RISALAH: Nadzerah ketika mengedar risalah dan sesi penerangan.
RISALAH: Nadzerah ketika mengedar risalah dan sesi penerangan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BINCANG: Nadzerah (tiga dari kiri) dan Noorliza (tiga dari kanan) berbincang sebelum memulakan tinjauan mesra.
BINCANG: Nadzerah (tiga dari kiri) dan Noorliza (tiga dari kanan) berbincang sebelum memulakan tinjauan mesra.
 ??  ?? IMBAS SUHU: Nadzerah mengimbas suhu sebelum melakukan tinjauan mesra di Tamu Jalan Gaya.
IMBAS SUHU: Nadzerah mengimbas suhu sebelum melakukan tinjauan mesra di Tamu Jalan Gaya.
 ??  ?? DAFTAR: Pegawai kesihatan semasa sesi pendaftara­n.
DAFTAR: Pegawai kesihatan semasa sesi pendaftara­n.
 ??  ?? EDAR: Noorliza (tengah) mengedarka­n risalah pada program itu.
EDAR: Noorliza (tengah) mengedarka­n risalah pada program itu.
 ??  ?? MESRA: Noorliza (tengah) berbual mesra bersama peniaga Tamu Jalan Gaya.
MESRA: Noorliza (tengah) berbual mesra bersama peniaga Tamu Jalan Gaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia