Utusan Borneo (Sabah)

UMNO Libaran agih 13,500 bantuan bakul makanan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: UMNO Bahagian Libaran mengagihka­n 13,500 bantuan bakul makanan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Libaran.

Ketua UMNO Bahagian Libaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah Dilantik Suhaimi Haji Nasir berkata, pihaknya menyasarka­n 15,000 bantuan bakul makanan diagihkan kepada penduduk terjejas di tiga kawasan DUN berkenaan.

“Setakat ini, 13,500 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk di DUN Sungai Sibuga, DUN Sungai Manila dan DUN Gum-Gum,” katanya.

Beliau yang juga Bandahari UMNO Negeri Sabah berkata, bantuan bakul makanan ini telah bermula sejak bulan Januari lepas bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Ini adalah usaha dan inisiatif UMNO Bahagian Libaran bagi membantu rakyat,” katanya semasa menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Kenangan Manis Batu 12, kelmarin.

Turut sama menyampaik­an bantuan itu, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga ADUN Sungai Sibuga Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain, ADUN Sungai Manila Mokran Ingkat dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran Hajah Ramsah Haji Taha, Ketua Unit Media UMNO Libaran Mazlani Jenuary dan para pemimpin masyarakat.

Suhaimi berkata, sebanyak 350 bantuan bakul makanan diedarkan di Kampung Kenangan Manis dan Kampung Sinar Baru Batu 12.

“Bantuan bakul makanan yang belum diagihkan lebih kurang 1,500 bakul lagi akan diedarkan sebelum bulan Ramadan kelak,” katanya.

Beliau berkata, hanya beberapa buah kampung lagi belum menerima bantuan bakul makanan ini termasuk di kawasan DUN GumGum.

“Di kawasan DUN Sungai Manila dan DUN Sungai Sibuga telah selesai pengagihan.

“Kita akan edarkan lagi di beberapa kampung dalam kawasan DUN Gum-Gum. Ini akan melengkapk­an misi pengagihan bantuan sebanyak 15,000 bantuan bakul makanan,” katanya.

 ??  ?? APA KHABAR: Suhaimi bersama Hamsan beramah mesra dan bertanya sesuatu kepada seorang penduduk kampung.
APA KHABAR: Suhaimi bersama Hamsan beramah mesra dan bertanya sesuatu kepada seorang penduduk kampung.
 ??  ?? BANTUAN: Suhaimi bersama Mokran menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada salah seorang penduduk.
BANTUAN: Suhaimi bersama Mokran menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada salah seorang penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia