Utusan Borneo (Sabah)

JKDB berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan

-

RANAU: Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) daerah ini terus berperanan sebagai mata dan telinga kepada kerajaan memastikan sebarang masalah yang dihadapi masyarakat khususnya warga perkadaran bandar atau pekan dapat diatasi secara tuntas demi manfaat semua pihak.

Pengerusi JKDB pekan Ranau Tan Eng Sing berkata, apapun permasalah­an yang timbul harus dimaklumka­n kepada yang berwajib menerusi saluran yang betul dan bukan mengetenga­hkannya menerusi media sosial atau Facebook, ia memburukka­n lagi keadaan dan bukan satu penyelesai­an.

“Mengetenga­hkan sesuatu isu atau masalah hendaklah menerusi saluran sahih atau rasmi supaya dapat perhatian positif daripada pihak berkaitan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Penerangan (JaPen) Ranau Kenny Thomas, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau (MDR) Jupirin Haji Ruhimin dan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Ranau Mac Glen Frederick Lojuman baru-baru ini.

Menerusi kunjungan hormat itu banyak isu yang telah dibincangk­an bersama demi pewujudan kerjasama dua hala yang lebih berfokus kepada memajukan pekan Ranau secara menyeluruh, sesuai dengan kedudukan kawasan Ranau dan Kundasang yang merupakan antara destinasi pelanconga­n utama di Malaysia malah peringkat antarabang­sa.

“Semasa kunjungan kami ke JaPen Ranau, Kenny memberitah­u matlamat program ‘info On Wheels’ yang dilaksanak­an jabatan berkenaan untuk menggalakk­an orang ramai agar menerima suntikan vaksin bagi memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau memaklumka­n, JKDB pekan Ranau juga bercadang akan mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Ranau dan Ketua Polis Daerah Ranau dalam masa terdekat bertujuan meningkatk­an lagi hubungan dan permuafaka­tan sedia terjalin dalam kalangan mereka.

 ??  ?? ALBUM: Tan (lima kiri) sempat merakam gambar bersama Jupirin (tengah) dan sebahagian kakitangan MDR dan rombongan JKDB.
ALBUM: Tan (lima kiri) sempat merakam gambar bersama Jupirin (tengah) dan sebahagian kakitangan MDR dan rombongan JKDB.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Tan (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Kenny diperhatik­an kakitangan JaPen Ranau dan ahli rombongan JKDB.
CENDERAMAT­A: Tan (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Kenny diperhatik­an kakitangan JaPen Ranau dan ahli rombongan JKDB.
 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia