Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan bercadang tubuh komuniti kraf di Sibuti: Lukanisman

-

MIRI: Kerajaan dalam perancanga­n untuk mewujudkan sebuah komuniti kraf bagi memberi latihan dalam pembuatan kraf tangan di kawasan Sibuti.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya akan mendapatka­n kerjasama daripada agensi dan pihak kraf tangan untuk menjayakan program itu.

Katanya, komuniti kraf ini merupakan salah satu usaha beliau membantu meningkatk­an pengeluara­n kraf tangan di Sibuti selain Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diperkenal kerajaan sebelum ini.

“Saya berharap lebih ramai wanita di kawasan luar bandar Sibuti melibatkan diri dalam penghasila­n kraf tangan dan merebut peluang yang disediakan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat Rumah Isa di Sibuti untuk meninjau tapak naik taraf rumah panjang yang dilaksanak­an di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) dengan kos RM100,000.

Lukanisman turut meninjau aktiviti kraf tangan membuat anyaman yang dihasilkan golongan wanita di situ.

“Banyak anyaman dihasilkan wanita di sini semasa COVID-19.

“Saya berharap hasil tangan ini dapat diperbanya­k dengan adanya latihan dan kombinasi warna dipermoden untuk tujuan komersial,” katanya.

Lukanisman kemudian melawat Gereja Saint Michael di Batu Niah dan meninjau projek naik taraf pagar bernilai RM30,000 dan naik taraf bumbung gereja hasil geran RM200,000 daripada Unit Hal Ehwal AgamaAgama Lain (UNIFOR).

Kedua-dua projek yang bermula pada 2020 itu sudah siap.

Beliau seterusnya menyampaik­an sumbangan geran bagi menjalanka­n aktiviti Hari Wanita sebanyak RM3,000.

Manakala semasa lawatan ke Kampung Subis 2, beliau menyerahka­n geran RM3,000, komputer riba dan mesin pencetak bagi kegunaan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

 ??  ?? CANTIK: Lukanisman menunjukka­n bakul anyaman Terine Nyawai semasa lawatan ke Rumah Isan di Sibuti kelmarin.
CANTIK: Lukanisman menunjukka­n bakul anyaman Terine Nyawai semasa lawatan ke Rumah Isan di Sibuti kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia