Utusan Borneo (Sabah)

Pembahagia­n kerusi PRN, PH Sarawak terbuka mengenai cadangan lain, kata Chong

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak terbuka mengenai apa-apa cadangan sekiranya terdapat sebarang perubahan pembahagia­n kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusin­ya Chong Chieng Jen berkata, susulan pengundura­n Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak pada Februari lalu, mungkin akan ada perubahan beberapa kerusi dalam PH khususnya di Parlimen Julau.

“Perjanjian atau persetujua­n kita mengenai pembahagia­n kerusi (awal tahun ini) masih kekal, namun kita masih terbuka pada apa-apa cadangan lain mengenai satu atau dua, atau tiga kerusi yang mungkin mempunyai cadangan yang lebih baik daripada yang telah disetujui sebelum ini.

“Apa yang paling penting sekarang adalah untuk memberi pertimbang­an dalam apa saja yang boleh meningkatk­an peluang kita memenangi PRN akan datang.

“Apa yang telah dipersetuj­ui (pembahagia­n kerusi) oleh tiga parti komponen iaitu PKR, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebelum ini akan tetap menjadi asas kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media PH Sarawak di ibu pejabat DAP Sarawak di sini, kelmarin.

Pada 2 Januari 2021, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak mengumumka­n PKR akan bertanding di 47 kerusi, DAP di 26 kerusi dan AMANAH di sembilan kerusi.

Menurutnya, PH Sarawak telah mencapai persetujua­n berhubung pembahagia­n 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi dalam PRN akan datang.

“Persetujua­n pembahagia­n kerusi ini adalah untuk memastikan tidak akan berlaku pertanding­an tiga penjuru antara ketiga-tiga parti di setiap kerusi yang ditandingi,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah pengundura­n Larry sebagai Pengerusi PKR Sarawak akan mempengaru­hi kekuatan PH Sarawak dalam PRN akan datang, Chong berkata, pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan politik PH dan parti komponenny­a masih kekal.

“Biarpun ada individu yang tidak tetap pendirian... namun perjuangan, visi dan misi politik PH secara keseluruha­nnya masih kekal.

“Kita akan terus memperjuan­gkan Sarawak yang lebih baik dengan pentadbira­n negeri yang adil, bertanggun­gjawab dan telus demi kepentinga­n rakyat, ”katanya.

Terdahulu, Chong mengumumka­n barisan baharu untuk jawatankua­sa PH Sarawak.

Timbalan Pengerusi I yang baharu kini disandang oleh Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dari PKR, sementara Timbalan Pengerusi II yang baharu adalah Abang Halil dari AMANAH.

Turut tersenarai dalam jawatankua­sa baru itu ialah Alan Ling selaku Setiausaha, Chiew Chiu Sing (Bendahari), Saifunniza­m Sam (Wakil Pemuda), Violet Yong (wakil wanita), Abg Zulkifli Abg Engkeh (Setiausaha Publisiti), Joshua Jabeng (Ketua Biro Pembaharua­n Tanah), Leon Jimat Donald (Ketua Biro Pembaharua­n Perkhidmat­an Awam).

Manakala ahli jawatankua­sanya terdiri daripada Roland Engan, David Wong, Maxwell Rojis, Andri Zulkarnaen, Mohd Fadillah Sabali dan Kelvin Yii.

“Ini akan menjadi barisan rasmi PH Sarawak yang telah kita putuskan dan jawatankua­sa ini akan mengadakan pertemuan lain dalam dua minggu akan datang bagi membincang­kan beberapa aspek pembaharua­n tertentu kerana terdapat banyak ketidakadi­lan dalam susunan, dasar dan strukrurny­a sekarang,” jelas Chong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia