Utusan Borneo (Sabah)

Jadilah masyarakat penyayang, bantu yang memerlukan

Jangan biar mereka yang tidak bertanggun­gjawab memecahbel­ahkan kesejahter­aan dan perpaduan rakyat: Wee

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng menggalakk­an lebih ramai rakyat Sarawak menjadi masyarakat yang lebih penyayang dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan.

Demikian katanya sambil menambah, jangan biarkan mereka yang tidak bertanggun­gjawab mempropaga­ndakan agenda yang akan memecahbel­ahkan kesejahter­aan dan perpaduan rakyat negeri ini.

“Kita mahu sikap penyayang dijadikan amalan serta dipupuk secara berterusan walaupun mereka datang daripada pelbagai bangsa, agama dan kepercayaa­n sebagaiman­a Kempen Menderma Darah semalam.

“Dalam dua hari kempen ini berlangsun­g, mereka telah mendapat sambutan yang sangat memberangs­angkan, tambahan lagi pada waktu pandemik COVID-19 masih ramai yang tampil ke Bank Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menderma darah.

“Marilah kita bersama mengekalka­n semangat Sarawak secara berterusan untuk membantu mereka yang memerlukan pada bilabila masa.

“Jangan sesekali membangkit­kan agenda dan memporak perandakan masyarakat sebaliknya sentiasa peduli antara satu sama lain seperti selalu,” katanya ketika ditemui pada Kempen Menderma Darah Tay Motors 2021 semalam.

Kempen tersebut dilaksanak­an sejak semalam berjaya mengumpulk­an hampir 320 pain darah yang turut dijalankan bersama warga sukarelawa­n, JCI dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Kuching.

Beberapa orang kurang upaya (OKU) turut hadir menyokong kempen tersebut dan diharap sokongan tersebut akan diteruskan, tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kebajikan dan kesihatan rakyat adalah penting untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu dan menyumbang kepada pembanguna­n , kata Wee.

“Dengan bangganya, sejak lebih daripada 25 tahun kebelakang­an ini, kita masih merupakan negeri penderma darah yang terbanyak daripada semua negeri di Malaysia,” ujarnya.

Turut hadir sama adalah Pengarah Tay Motors Aaron Tay Kok Tung dan Pengerusi Cabang Jawatankua­sa Perkhidmat­an Perekrutan Derma Darah PBSM Daerah Kuching John Jong.

 ??  ?? PRIHATIN: Wee (kanan) dan Aaron (kiri) bersama menyampaik­an sumbangan kepada pasangan OKU penglihata­n yang menyertai Kempen Derma Darah anjuran Tay Motors semalam.
PRIHATIN: Wee (kanan) dan Aaron (kiri) bersama menyampaik­an sumbangan kepada pasangan OKU penglihata­n yang menyertai Kempen Derma Darah anjuran Tay Motors semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia