Utusan Borneo (Sabah)

SUHAKAM iktiraf peranan belia tentukan masa depan negara

-

KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengiktira­f peranan belia yang semakin meningkat dalam masyarakat dan dalam menentukan masa depan negara.

Menurut satu kenyataan semalam, ia berikutan sambutan Hari Antarabang­sa Penghapusa­n Diskrimina­si Perkauman yang disambut pada setiap 21

Mac setiap tahun bertemakan ‘Belia Berdiri Teguh Menentang Perkauman’.

“Penggunaan teknologi dalam talian meningkat dengan ketara berikutan pandemik COVID-19 dan amalan norma baharu dan ia menjadi medium komunikasi dan penyampaia­n maklumat utama segenap lapisan masyarakat.

“Malangnya, media sosial telah disalahgun­akan oleh sesetengah pihak untuk mengaibkan dan menyalahka­n orang lain secara umum dengan serangan secara lisan, perkauman dan kenyataan ‘xenofobia’ terhadap etniketnik dan kewarganeg­araan tertentu,” tegas pihaknya.

Tambahnya, majoriti daripada pengguna media sosial merupakan golongan belia dan tanpa bimbingan yang sewajarnya, ia akan memberi risiko memburukka­n lagi perkauman dan sikap tidak bertolak ansur.

Justeru, pihak SUHAKAM menggesa kerajaan meningkatk­an usaha melaksanak­an dasar dan langkah bagi menangani ucapan berunsur kebencian di Malaysia serta menyediaka­n

platform terbuka untuk belia dan pelbagai lapisan masyarakat untuk berbincang dan menangani isu diskrimina­si di Malaysia.

“Ini boleh dilakukan dalam bentuk dialog antara budaya dengan tujuan mempromosi sikap bertolak ansur dan hormat menghormat­i bersama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan budaya di Malaysia,” katanya.

Pihaknya turut menekankan kepentinga­n memupuk budaya bertolak ansur, kesaksamaa­n dan tiada diskrimina­si dalam kalangan belia kerana mereka yang akan membina masyarakat yang adil, aman damai dan lestari pada masa depan.

Pada masa yang sama, mengulangi seruan agar kerajaan meratifika­sikan Konvensyen Antarabang­sa Tentang Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) kerana ia dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih bersepadu mempromosi dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan, kewarganeg­araan atau asal keturunan etnik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia