Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu daftar bagi menerima suntikan vaksin

Jangan terpengaru­h dengan persepsi negatif tentang vaksin, ia untuk lindungi kesihatan diri, komuniti daripada COVID-19

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud NORITA

BINTULU: Rakyat negara ini perlu mendaftar diri bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 sekali gus tidak terpengaru­h dengan persepsi negatif tentang vaksin memandangk­an usaha pemberian vaksin di bawah Program Vaksinasi Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu bukan sahaja untuk melindungi kesihatan diri bahkan komuniti keseluruha­nnya daripada jangkitan COVID-19.

Beberapa petugas barisan hadapan kesihatan dan bukan kesihatan yang ditemui selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) kelmarin menyatakan rasa kelegaan dan positif tentang usaha tersebut yang bertujuan memerangi wabak COVID-19.

Seorang guru sekolah rendah di sini, Amanda Laus Justin Agas, 30, menyatakan rasa gembira selepas menerima suntikan vaksin tersebut.

“Jangan bimbang dan risau tentang kesan sampingan daripada suntikan ini. Setakat ini ramai yang telah menerima suntikan ini berkeadaan baik,” ujarnya ketika ditemui selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BionTech pada petang kelmarin.

Justeru beliau menyeru penduduk terutama di rumah panjang agar mendaftar dengan segera untuk mendapatka­n vaksin yang diberi percuma oleh kerajaan ini.

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sebauh Baithy Tini Nikey, 34, turut gembira dan bersyukur kerana terpilih menerima vaksin COVID-19 tersebut.

“Harapan saya kepada rakyat di luar sana agar sama-sama mendaftar untuk menerima vaksin seperti kami pada hari ini. Jangan takut, pastikan anda mendapat info yang betul mengenai program vaksinasi ini,” ujarnya yang berasal dari Rumah Justin Agas Sungai Selabit Labang Sebauh.

Jururawat sebuah hospital swasta di sini, Norita Sulau, 35, berkata, sebelum menerima suntikan vaksin perasaanny­a berdebar-debar dan gementar.

“Selepas menerima suntikan baharu saya berasa agak lega tetapi tidak pasti kesannya selepas ini. Cuma saya menggalakk­an orang ramai mengambil vaksin ini untuk melindungi kesihatan diri dan komuniti sekeliling,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara Senator Rita Insol yang turut menerima suntikan vaksin berkata, secara jujurnya beliai tidak sakit dan gementar.

Katanya, prosek penyuntika­n vaksin juga tidak memakan masa lama yang lama iaitu kurang daripada lima minit.

“Jadi saya menggalakk­an orang lain yang belum mendaftar agar mendaftar segera bagi mendapatka­n suntikan vaksin ini.

“Sebabnya ini untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat khususnya, kita jaga kita,” katanya.

Beliau berkata, selama ini kita belum ada lagi vaksin dan kita takut dengan penyakit COVID-19 tetapi sekarang kerajaan telah mendapatka­n vaksin untuk melindungi kita maka sebaiknya jangan lepaskan peluang ini.

“Dapatkan perlindung­an diri, sayangi diri sendiri, sayangi tubuh anda, sayang keluarga dan masyarakat sekeliling anda,” katanya sambil memuji petugas kesihatan yang mengurus secara teratur dan tersusun pada program vaksinasi tersebut.

“Tahniah kepada petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu kumpulan yang mengurus vaksinasi hari ini kerana perjalanan pemberian vaksin yang tersusun dan teratur,” katanya.

 ??  ?? AMANDA
AMANDA
 ??  ?? BAITHY
BAITHY
 ??  ?? RITA
RITA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia