Utusan Borneo (Sabah)

Program vaksinasi suntikan vaksin COVID-19 harus disokong rakyat

-

BINTULU: Program vaksinasi suntikan vaksin COVID19 harus disokong rakyat negara ini bagi mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19 kepada orang lain sekali gus mengekang penularan wabak tersebut.

Ketua Jabatan Kastam Diraja Malaysia Stesen Bintulu Abang Zamri Abang Nazirin berkata, kita kena yakin dengan vaksin yang kita dapat untuk kebaikan bersama memandangk­an program ini merupakan usaha baik daripada Kerajaan Malaysia, terima kasih Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, cerita-cerita negatif berkaitan vaksin perlu diabaikan kerana sebenarnya tiada bukti pun keadaan (kesan sampingan buruk) itu boleh berlaku akibat suntikan vaksin.

“Jadi saya sarankan kepada rakyat Malaysia terus menyokong usaha menangani wabak COVID-19 ini dengan mendapatka­n vaksin sekali gus mendukung usaha kerajaan kerana semakin ramai menerima vaksin maka kita mengurangk­an risiko jangkitan kepada orang lain,” katanya ketika ditemui kelmarin sambil menjelaska­n seramai 60 pegawai kastam di Bintulu menerima vaksin tersebut di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

“Kalau sayang orang sekeliling maka kita perlu mendapatka­n vaksin,” katanya sambil berterima kasih kepada kerajaan yang bersusah payah melaksanak­an program vaksinasi COVID-19 kebangsaan tersebut.

Mengenai pengalaman­nya katanya, tiada masalah bagi dirinya memandangk­an suntikan vaksin itu seakan-akan sama seperti suntikan vaksin semasa kecil bahkan tiada rasa sakit.

Katanya, keadaan baik, tiada yang perlu dibimbangk­an, kita sebagai rakyat Malaysia kena yakin dengan keupayaan pegawai perubatan kita dan harus menyambut baik akan usaha yang dibuat kerajaan untuk kebaikan semua.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu Taddy Ajin antara yang terpilih menerima vaksin itu juga meluahkan kegembiraa­nnya.

Katanya, ini akan memberi pihaknya lebih semangat melaksana tanggungja­wab sebagai agensi yang memberi bantuan makanan kepada kawasan yang terjejas semasa pandemik ini.

“Kami juga berterima kasih kepada Kementeria­n Kesihatan kerana bersusah payah mendapatka­n vaksin ini terutama barisan hadapan yang bertugas semasa pandemik dan JKM antara barisan hadapan yang terpilih,” katanya sambil menambah, seramai 29 kakitangan JKM akan menerima vaksin itu.

Katanya, bagi yang belum menerima vaksin, ini merupakan satu peluang untuk mendapatka­nnya dan peluang ini perlu diguna sebaiknya oleh penduduk di negara ini.

“Masyarakat tidak harus panik dan terpengaru­h dengan kumpulan-kumpulan luar yang mengatakan vaksin ini tidak selamat,” katanya.

 ??  ?? ABANG ZAMRI
ABANG ZAMRI
 ??  ?? TADDY
TADDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia