Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki tangkap hidupan sungai guna kuasa elektrik ditangkap

-

BINTULU: Kegiatan dua lelaki tempatan yang sedang leka menangkap ikan dan udang dengan menggunaka­n kuasa elektrik di Sungai Kemena dalam kawasan Sekutan di Sebauh, berjaya ditumpaska­n Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Bintulu pada malam Jumaat lalu.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPMO) PPMW5 Bintulu ASP Ezuandi Bahadin dalam kenyataann­ya kelmarin, hasil maklumat awam kegiatan haram keduadua individu terbabit dikesan Unit Risikan Marin (URM) yang menjalanka­n rondaan di Sungai Kemena.

Tangkapan pertama katanya, melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 53 tahun yang menggunaka­n bot serat kaca pada jam 8 malam manakala tangkapan kedua melibatkan seorang lagi lelaki tempatan berumur 36 tahun yang turut menggunaka­n bot serat kaca pada jam 8.30 malam di kawasan berhampira­n.

“Kita percaya kedua-dua suspek dipercayai sedang leka menjalanka­n kegiatan haram itu memandangk­an pelbagai peralatan dijumpai dalam perahu kedua-dua suapek bagi tujuan menangkap ikan dan udang dengan menggunaka­n kuasa elektrik,” ujarnya.

Beliau berkata, rampasan pertama termasuk bot berserta peralatan elektrik dianggarka­n bernilai RM16,900 manakala tangkapan kedua melibatkan nilai RM15,150.

Kesemua barang rampasan kemudian dibawa ke Markas Operasi PPMW5 Bintulu sebagai bahan bukti kes.

Ezuandi berkata, laporan polis sudah dibuat berhubung kes ini yang mana kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Perikanan Darat untuk tindakan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 9 (1) (c) Ordinan Perikanan Darat Sarawak 2003.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia