Utusan Borneo (Sabah)

Dasar Perhutanan Malaysia satukan semua negeri: Muhyiddin

Penyatuan julung kali semua negeri di Malaysia dalam bidang perhutanan negara yang telah menjangkau usia 120 tahun

-

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dasar Perhutanan Malaysia yang dilancarka­n semalam menyaksika­n penyatuan julung kali semua negeri di Malaysia dalam bidang perhutanan negara yang telah menjangkau usia 120 tahun.

Perdana Menteri berkata, semua negeri bersetuju menerima dasar itu yang menggarisk­an hala tuju jelas sektor perhutanan dalam mendepani cabaran baharu di peringkat domestik dan antarabang­sa pada mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-78 yang diadakan 29 Januari lepas.

“Saya ingin tekankan bahawa Dasar Perhutanan Malaysia ini adalah dasar kita bersama. Kita semua harus bertindak dan memainkan peranan yang lebih aktif sebagai ejen konservasi dan penggerak pembanguna­n sosioekono­mi negara.

“Saya berharap agar usaha bersama kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri dalam melaksanak­an kelima-lima objektif Dasar Perhutanan Malaysia akan terus padu bagi mencapai sasaran yang dihasratka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum melancarka­n Dasar Perhutanan Malaysia bersempena Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, manakala menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri menyertain­ya secara maya.

Muhyiddin yang mengakui pembanguna­n tidak dapat dielakkan bagi Malaysia mencapai hasrat menjadi negara maju, turut berkata kerajaan amat serius berhubung pengurusan hutan secara bertanggun­gjawab dan berkekalan dalam melaksanak­an program pemulihara­an.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab dan prihatin, pelbagai usaha diambil bagi memenuhi komitmen yang diikrarkan semasa Sidang Kemuncak Bumi pada 1992 di Rio de Janeiro, Brazil dengan mengaruspe­rdanakan pengurusan biodiversi­ti dalam pembanguna­n negara.

“Daripada keseluruha­n kawasan berhutan di Malaysia, hanya 1.7 peratus adalah kawasan hutan terosot. Sejak 2016, seluas 1,859 hektar kawasan terosot dipulihkan dengan peruntukan sebanyak RM152.82 juta,” katanya.

Perdana menteri berkata, kos bagi mengekalka­n dan memelihara kawasan hutan negara yang merangkumi 55.3 peratus atau 18.27 juta hektar daripada keluasan keseluruha­n negara, adalah sangat besar dan dianggarka­n sebanyak RM6 bilion diperlukan untuk tujuan itu.

Sehubungan itu, katanya pelbagai instrumen kewangan khusus diwujudkan termasuk Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional, Tabung Amanah Kumpulan Wang Pembanguna­n Hutan di bawah kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjun­g Malaysia dan terbaharu Malaysia

Forest Fund (MFF) yang ditubuhkan tahun lepas.

Muhyiddin berkata melalui MFF, negara dijangka menerima dana sebanyak AS$100 juta dalam tempoh tujuh tahun akan datang yang akan disalurkan kepada kerajaan negeri untuk tujuan konservasi hutan termasuk perhutanan sosial bagi meningkatk­an taraf sosioekono­mi Orang Asli dan komuniti setempat.

Katanya, berdasarka­n laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Malaysia adalah antara 25 negara sedang membangun yang mempunyai litupan hutan yang tinggi dan kegiatan penyahutan­an yang rendah.

Perdana menteri turut melahirkan penghargaa­n terhadap komitmen yang ditunjukka­n kerajaan-kerajaan negeri dalam mewartakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar iaitu Hutan Simpanan Kekal, kawasan perlindung­an, Rizab Hidupan Liar dan kawasan berkepenti­ngan antarabang­sa.

Pada masa sama, beliau menyeru kerajaan-kerajaan negeri meningkatk­an usaha mewartakan dan mengekalka­n kawasan-kawasan berhutan, terutama kawasan koridor ekologi Central Forest Spine (CFS) dan Heart of Borneo (HoB).

“Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4) yang sedang dimuktamad­kan turut memberi penekanan kepada CFS bagi menjamin kesinambun­gan landskap hutan menerusi penubuhan koridor ekologi baharu.

“Pendekatan ini berupaya mengurangk­an konflik manusia dan hidupan liar serta membolehka­n pergerakan bebas hidupan liar, khususnya spesies-spesies ikonik negara yang diancam kepupusan,” katanya.

Menyentuh mengenai spesies terancam, Muhyiddin menyeru kerajaan negeri mewartakan kawasan habitat harimau Malaya sebagai Hutan Simpanan Kekal atau Rizab Hidupan Liar di negeri masing-masing.

Katanya, beliau risau jika tindakan luar biasa itu tidak dilakukan sekarang negara pasti akan kehilangan spesies ikonik terutamany­a harimau Malaya buat selamalama­nya.

Terdahulu, Muhyiddin menanam pokok resak atau nama saintifikn­ya Vatica yeechongii yang dinamakan bersempena mendiang Chan Yee Chong (1946-2013), pakar pengecaman pokok hutan, sebagai simbolik pelancaran dasar itu dan Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan 2021.

 ?? — Gambar Bernama ?? HARI HUTAN ANTARABANG­SA: Muhyiddin bersama Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (kanan) menyiram pokok Resak yang ditanamnya pada Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia sempena Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa peringkat kebangsaan tahun 2021 di Taman Botani Kepong, Kuala Lumpur, Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) semalam.
— Gambar Bernama HARI HUTAN ANTARABANG­SA: Muhyiddin bersama Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (kanan) menyiram pokok Resak yang ditanamnya pada Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia sempena Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa peringkat kebangsaan tahun 2021 di Taman Botani Kepong, Kuala Lumpur, Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia