Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: 413,255 individu terima suntikan vaksin setakat 20 Mac

-

KUALA LUMPUR: Seramai 413,255 individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang memasuki hari ke-25 pelaksanaa­nnya sejak dimulakan pada 23 Februari lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsika­n di laman Twitter rasminya semalam, berkata, daripada jumlah itu, seramai 402,650 individu menerima suntikan dos pertama manakala 10,605 individu telah melengkapk­an kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (52,971), Perak (48,136) dan Sabah (40,134).

Ini diikuti Kuala Lumpur (35,751); Sarawak (33,788); Pahang (30,320); Johor (29,238); Pulau Pinang (26,879); Kedah (26,265); Kelantan (18,977); Negeri Sembilan (17,279); Terengganu (15,726); Melaka (10,716); Perlis (9,526); Putrajaya (4,601) dan Labuan (2,343).

Bagi individu yang telah melengkapk­an kedua-dua suntikan vaksin berkenaan pula, Sarawak merupakan negeri yang merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 4,848 individu, diikuti Pahang (2,549); Perak (713); Sabah (591); Kuala Lumpur (565); Selangor (369) dan Pulau Pinang (328).

Melaka (187); Perlis (156); Labuan (127); Putrajaya (85); Johor (74); Kedah dan Terengganu, masing-masing enam, Kelantan (1) dan tiada penerima yang telah melengkapk­an kedua-dua suntikan tersebut di Negeri Sembilan setakat ini.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Program akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kurang upaya.

Sementara fasa ketiga yang dijadualka­n bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia