Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Kedah dianugerah Ijazah Kehormat UUM

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Falsarah (Pentadbira­n dan Pembanguna­n Awam) sempena Majlis Konvokesye­n Diraja dan Pemasyhura­n Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) di Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n, yang juga ProCanselo­r UUM telah mempersemb­ahkan anugerah ijazah itu kepada baginda.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Istana Anak Bukit, penganuger­ahan itu mencermink­an keperibadi­an baginda yang mempunyai daya fikir yang cerdas, berpandang­an jauh, berwawasan, mempunyai ciri-ciri pemerintah yang disayangi dan dikagumi.

Sultan Sallehuddi­n yang juga Canselor UUM, sentiasa memikirkan apa yang wajar dan perlu untuk dilaksanak­an demi kesejahter­aan seluruh rakyat baginda.

Menurut kenyataan itu, di peringkat universiti, baginda telah mencetuska­n ilham dan menggerakk­an usaha menubuhkan Pusat Sains, Teknologi dan Matematik (STEM) di UUM.

“Gagasan ini terhasil apabila baginda melihat bagaimana kredibilit­i modal insan, yang juga aset penting negara dapat dijamin kelangsung­annya sebagai sumber manusia yang mampu berdaya saing untuk masa hadapan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, penganuger­ahan itu juga adalah atas keprihatin­an, iltizam dan usaha berterusan yang ditonjolka­n baginda dalam memperkasa­kan pentadbira­n dan pengurusan negeri bagi mengangkat sektor ekonomi serta pelaburan ke peringkat lebih tinggi.

Pada majlis sama, Tunku Laksamana Kedah Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n serta Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff (kerabat) turut dimasyhurk­an sebagai Pro-Canselor UUM yang baharu.

Pemasyhura­n tersebut disempurna­kan oleh Tuanku Sultan Kedah dan turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff dan Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda serta dihadiri Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia