Utusan Borneo (Sabah)

Bunyi siren amaran gempa mengejutka­n orang ramai

-

KOTA MEXICO: Bunyi amaran gempa bumi telah mengejutka­n ribuan penduduk di Kota Mexico pada awal Sabtu, menyebabka­n beberapa orang berlari keluar di jalan raya dengan memakai pakaian tidur mereka, namun kemudian tiada apa –apa yang berlaku.

Perasaan terkejut dirasai kerana satu gempa bumi sekuat 5.7 magnitud telah berlaku di bahagian seklatante­ngah negara beberapa jam sebelumnya, walaupun terdapat tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan.

Siren amaran dibunyikan di beberapa kawasan kejiranan tengah di ibu negara, termasuk Escandon dan Del Valle, menyebabka­n beberapa orang keluar dari kediaman mereka, lapor wartawan AFP.

Kejadian yang sama telah disaksikan di kawasan kejiranan Iztacalco yang jauh di selatan, termasuk di Popotla di bahagian timur bandar, sementara kawasan kejiranan termasuk Roma dan Doctores tiada bunyi amaran telah kedengaran.

Datuk Bandar Kota Mexico Claudia Sheinbaum pada mulanya melaporkan amaran tersebut di dalam Twitter, namun beberapa minit kemudian mengesahka­n terdapat tiada gempa bumi.

Beliau kemudianny­a menyatakan beliau telah mengarahka­n pihak berkuasa agar menyiasat kenapa amaran itu boleh berbunyi.

Selepas kejadian gempa bumi pada Jumaat lepas, beberapa orang melaporkan dalam media sosial bahawa amaran telah disertai dengan satu pesanan menyatakan ia adalah satu simulasi, mengeliruk­an ramai orang mengenai sama ada untuk keluar dari rumah.

Pusat arahan keselamata­n C5 di ibu negara menyatakan pada Jumaat lepas ia sedang menyiasat perkara tersebut.

Sistem amaran gempa bumi di ibu negara menggunaka­n monitor seismik yang diletakkan secara asas di opantai selatan Pasifik di Mexico, di mana kebanyakan gegaran di wilayah berasal.

Ia telah direka untuk memberikan satu amaran sehingga lebih dua minit sebelum gempa bumi dirasai di ibu negara.

Mexico, dengan pantai Pasifiknya yang luas, adalah terdedah kepada beberapa gempa bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia