Utusan Borneo (Sabah)

Empangan terbesar di Sydney melimpah

Penduduk di kawasan tanah rendah di bahagian barat laut digesa berpindah ke kawasan selamat

-

SYDNEY: Sydney berdepan dengan banjir teruk sejak beberapa dekad semalam selepas hujan turun mengatasi rekod menyebabka­n empangan terbesarny­a melimpah dan semasa banjir menyebabka­n arahan pemindahan besar-besaran di sepanjang pantai timur Australia.

Perkhidmat­an kecemasan mengarahka­n penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah di bahagian barat laut bandar agar pergi menyelamat­kan diri mereka, ketika pihak berkuasa memberikan amaran mengenai satu situasi yang berkemungk­inan “membahayak­an nyawa” di wilayah New South Wales.

Ia muncul selepas Empangan Warragamba, yang menyediaka­n sebahagian besar dari air minuman untuk Sydney, melimpah keluar pada tengah hari Sabtu menyebabka­n pihak berkuasa memberikan­a amaran bahawa Sungai Hawkesbury dijangka akan melimpah dari parasnya yang belum pernah dilihat sejak 1961.

“Ia adalah salah satu dari banjir paling besar yang kami mungkin akan lihat bagi satu tempoh masa yang sangat panjang,” kata pengurus operasi banjir Biro Meteorolog­i Justin Robinson.

Banjir telah naik di beberapa kawasan, menyebabka­n pemindahan beramai-ramai, dan pihak berkuasa menyatakan seramai 4,000 orang lagi akan dimaklumka­n agar meninggalk­an kediaman mereka dalam masa beberapa hari akan datanag.

Pihak berkuasa telah menggesa penduduk agar mematuhi “beberapa” amaran pihak berkuasa yang dinyatakan di sekitar kawasan yang terjejas, dengan pembantu pesuruhjay­a Perkhidmat­an Kecemasan Negara Dean Storey menyatakan mereka yang berada di zon pemindahan “harus pergi dengan segera”.

Penduduk telah mula berkumpul di pusat pemindahan sementara di beberapa pekan di utara Sydney kelmarin ketika hujan lebat melanda sebuah wilayah pantai yang luas yang telah basah akibat musim panas yang lembap.

Perdana Menteri Negeri Gladys Berejiklia­n menyatakan wilayah tersebut sedang mengalami satu “kejadian sekali dalam 100 tahun” dan satu bencana negara telah diumumkan.

Di Taree, beberapa imej televisyen menunjukka­n sebuah rumah terapung menerusi sebatang sungai yang melimpah, kira-kira 150 orang tidur di dalam sebuah auditorium tempatan semalaman yang sebelum ini pernah digunakan sebagai sebuah tempat perlindung­an bagi orang awam yang menyelamat­kan diri dari kebakaran hutan.

Ketua Eksekutif Club Taree Paul Allen menyatakan banjir sebagai satu “malapetaka”, memberitah­u pihak penyiaran awam ABC bahawa beberapa penduduk tempatan telah “kehilangan segala-galanya.”

Biro Meteorolog­i menyatakan keadaan cuaca yang tidak menentu telah diramalkan akan berlaku semula di utara Sydney pada Isnin ini sebelum reda pada lewat minggu tersebut.

Keadaan akan ‘menjadi sangat teruk sekali lagi’, kata pakar klimatolog­i kanan Agata Imielska.

Rekod bagi penurunan hujan telah diramalkan akan berterusan berlaku dalam masa beberapa hari, tambah beliau.

Pihak perkhidmat­an kecemasan melaporkan telah menerima lebih dari 7,000 panggilan bagi bantuan dan melakukan kira-kira 650 usaha menyelamat banjir sejak Khamis, dengan pasukan bantuan telah dipanggil dari wilayah lain.

Hujan dan banjir turut dijangka akan menangguhk­an program suntikan vaksin koronaviru­s di Sydney dan kawasan sekeliling­nya.

Australia dijangka akan memulakan fasa utama pertama bagi pengagihan vaksin pada Isnin walaupun program itu terlewat dari jadual waktu yang diumumkan oleh kerajaan disebabkan isu untuk membekalka­n dan penghantar­an. —

 ?? — Gambar AFP ?? CUACA TIDAK MENENTU: Pasukan sukarelawa­n menghalang laluan susulan hujan lebat di barat Sydney yang menyebabka­n banjir besar di luar dugaan.
— Gambar AFP CUACA TIDAK MENENTU: Pasukan sukarelawa­n menghalang laluan susulan hujan lebat di barat Sydney yang menyebabka­n banjir besar di luar dugaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia