Utusan Borneo (Sabah)

Pihak berkuasa laksana perintah berkurung di pantai Miami

-

PANTAI MIAMI: Kumpulan pengunjung yang berkumpul di pantai Miami, Florida untuk cuti musim bunga telah menjadi tidak terkawal di mana pihak berkuasa terpaksa melaksanak­an perintah berkurung pada Sabtu lepas yang mana mereka berharap akan menghalang parti tersebut.

Bagi tempoh 72 jam akan datang, para pengunjung terpaksa meninggalk­an jalan raya dan restoran akan menutup pintu mereka pada jam 8.00 malam waktu tempatan di kawasan pelanconga­n utama di South Beach, pusat utama bagi acara parti di bandar ini, umum pihak berkuasa.

Sebagai tambahan, tiga buah jambatan yang menghubung­kan pulau dengan tanah besar Miami ditutup kepada trafik bermula jam 10:00 malam waktu tempatan.

Hanya penduduk, pekerja dan pelanggan hotel yang akan memiliki akses.

“Ini adalah mengenai keselamata­n umum penduduk tempatan,” menurut pemangku Pengurus Bandar Raul Aguila.

Merujuk kepada beberapa keping gambar kumpulan orang ramai berkumpul di laluan utama Ocean Drive, beliau menambah: “Ia kelihatan seperti sebuah konsert rock. Kamu tidak dapat melihat kawasan laluan dan kamu tidak dapat melihat rumput.”

Tindakan itu muncul selepas parti liar selama beberapa minggu di Miami Beach, yang sekarang bukan luar biasa bagi kumpulan orang ramai yang tidak terkawal pada ketika cuti musim panas.

Namun pada tahun ini jumlah adalah sangat ketara lebih tinggi berbanding dengan pada tahun-tahun sebelumnya, kata Datuk Bandar Miami Beach Dan Gelber.

“Saya fikir ia adalah sebahagian kerana fakta bahawa terdapat beberapa tempat sahaja dibuka di kawasan lain di negara ini, atau ia terlalu sejuk, ataupun ia tidajk terbuka dan terlalu sejuk,” kata beliau.

Sepanjang beberapa hari lepas rakaman video tular telah muncul menunjukka­n pergaduhan di dalam restoran yang menyebabka­n kerosakan serius sebagai tambahan kepada menyebabka­n para pelanggan melarikan diri tanpa membayar bil mereka yang mahal, menurut laporan media tempatan.

Ketua polis Miami Beach Richard Clements menyatakan beliau berasa bimbang mengenai situasi akan menjadi tidak terkawal.

Pada malam Khamis “kami mempunyai satu isu di mana beratus-ratus orang lari pada satu masa yang tertentu.Meja dan kerusi telah dilontar dan digunakan sebagai senjata,” kata beliau.

Beliau menambah bahawa pihak polis berharap ia sebagai satu kejadian untuk satu masa sahaja, namun pada malam semalam kami mempunyai tiga dari situasi tersebut dan kami menemui seorang wanita muda yang tercedera ketika cuba untuk melepaskan diri dari kumpulan orang ramai.”

“Kami tidak mungkin akan terus bernasib baik. Kita perlu untuk membuat sesuatu yang dapat menghalang keadaan ini,” kata beliau. –

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia