Utusan Borneo (Sabah)

Pegawai, dua anggota polis ditahan dipercayai bersekongk­ol dengan sindiket dadah

-

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan pada Selasa dan Khamis lepas, selepas dipercayai bersekongk­ol dengan sindiket dadah termasuk melakukan pemerasan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pegawai berpangkat Inspektor berumur 31 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara itu ditahan kira-kira jam 7 malam, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Selasa (16 Mac) selepas pihaknya bertindak atas risikan dan siasatan.

“Pegawai berkenaan disyaki bersekongk­ol dengan sindiket dadah untuk pasaran negara jiran. Siasatan lanjut mendedahka­n pegawai itu menjual semula rampasan dadah oleh polis kepada sindiket dadah untuk tujuan peribadi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, selain penahanan pegawai berkenaan, polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Alza dan wang tunai RM1,200 daripadany­a.

Katanya, pegawai berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) LangkahLan­gkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, yang memperuntu­kkan hukuman ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak selama dua tahun dan perintah sekatan, jika sabit kesalahan.

Ayob Khan berkata, dua anggota berpangkat Sub Inspektor dan Koperal, masing-masing berumur 59 dan 35 tahun yang bertugas di IPD Muar pula ditahan pada Khamis lepas (18 Mac) dalam operasi oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar.

Menurut beliau, keduaduany­a disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang individu di Parit Jawa, Muar selepas individu terbabit ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu.

“Bagi melindungi kegiatan dadah tersebut, dua anggota polis itu telah meminta wang sebanyak RM3,000 sebagai wang perlindung­an, namun mereka hanya menerima wang sebanyak RM2,800 daripada individu terbabit,” katanya.

Katanya, kedua-dua anggota polis terbabit disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan direman dua hari sehingga kelmarin sebelum diberi jaminan polis.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, tiga anggota polis dijatuhi hukuman dan perintah tahanan mengikut Seksyen 6(1) ADB LLPK 1985 selama dua tahun, masing-masing di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Simpang Renggam, dekat Kluang dan Batu Gajah, Perak manakala seorang lagi dikenakan perintah sekatan mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama selama dua tahun di PPA, Raub, Pahang.

Keempat-empat anggota berpangkat Koperal dan Lans Koperal berkenaan dikenakan tindakan selepas didapati membantu menguruska­n kemasukan bekalan dadah ke lokap tahanan IPD Kota Tinggi, Disember tahun lepas. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia