Utusan Borneo (Sabah)

Rentas negeri: Pasangan instafamou­s kemuka bukti perjalanan atas urusan perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan pasangan instafamou­s yang didakwa merentas negeri untuk berbulan madu di sebuah pusat peranginan di Johor Bahru, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, berdasarka­n keterangan serta bukti-bukti dikemukaka­n, tiada tindakan diambil terhadap pasangan berusia lingkungan 20-an itu yang mendapat kelulusan rentas negeri untuk urusan perniagaan.

Keterangan pasangan itu diambil susulan tindakan memuat naik gambar mereka di media sosial Jumaat lepas sehingga menimbulka­n persoalan kebenaran rentas negeri yang diberikan polis, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarka­n semakan lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan dan isterinya membuat permohonan rentas negeri ke Johor Bahru pada 15 Mac di Balai Polis Wangsa Maju atas urusan perniagaan dan diluluskan perjalanan bermula 17 Mac hingga Sabtu lepas.

“Berdasarka­n keterangan, pasangan ini mengesahka­n mereka menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan di sana dan mengemukak­an bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan.

“Pasangan ini juga mengesahka­n ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya yang bersifat peribadi tetapi ditularkan di Twitter dan menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu seperti yang ditularkan,” katanya.

Ashari mengingatk­an orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggun­gjawab serta tidak menyalahgu­nakan kebenaran rentas negeri diberi polis.

“Sekiranya terdapat individu yang menyalahgu­nakan kebenaran ini, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia