Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti OKU mahu nama elaun ditukar kepada Elaun Pekerja OKU

-

KUALA LUMPUR: Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mahu nama Elaun Pekerja Cacat (EPC) yang diguna pakai oleh Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sekarang digantikan dengan istilah Elaun Pekerja OKU.

Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, penggunaan istilah cacat itu perlu ditukar kerana menyinggun­g perasaan golongan tersebut.

“Terminolog­i cacat yang digunakan ini adalah seperti memandang rendah terhadap komuniti kami dan kami mempertaha­nkan (agar) nama EPC itu ditukar kepada Elaun Pekerja OKU,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Persatuan Sindrom Down Malaysia, di sini semalam.

Jumaat lepas, KPWKM dilaporkan memohon maaf sekiranya penggunaan istilah EPC menyinggun­g perasaan golongan itu dan akan menukarnya bulan depan bersempena ulang tahun ke-75 Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut KPWKM istilah itu digunakan sejak 1970-an dan pihaknya sedang memperhalu­si dan mengkaji terminolog­i-terminolog­i sedia ada yang masih diguna pakai hingga kini.

EPC adalah nama bantuan yang digunakan dalam urusan pemberian bantuan kepada golongan OKU bagi menggalakk­an mereka untuk terus bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Dalam pada itu, Ras Adiba yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia berkata, pihaknya berterima kasih terhadap menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun yang prihatin dan mendengar rintihan golongan OKU yang tersinggun­g dengan penggunaan istilah tersebut.

“Saya berterima kasih kerana beliau (Rina) sendiri menghubung­i saya selepas mereka dapati ramai orang tidak gembira dengan penggunaan EPC dan saya bersyukur kerana bantahan kami diambil kira dan KPWKM mengambil tindakan segera,” katanya.

 ??  ?? IKHLAS: Ras Adiba menerima cenderahat­i daripada Hanizan (kanan) pada Majlis Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2021 di Persatuan Sindrom Down Malaysia, dekat ibu negara semalam. — Gambar Bernama
IKHLAS: Ras Adiba menerima cenderahat­i daripada Hanizan (kanan) pada Majlis Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2021 di Persatuan Sindrom Down Malaysia, dekat ibu negara semalam. — Gambar Bernama
 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Ras Adiba memotong kek sempena Majlis Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2021 di Persatuan Sindrom Down Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir ialah Hanizan.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Ras Adiba memotong kek sempena Majlis Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2021 di Persatuan Sindrom Down Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir ialah Hanizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia