Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan operasi bazar Ramadan akan dimuktamad­kan

Sarawak masih belum memutuskan operasi bazar Ramadan walaupun kerajaan persekutua­n telah membenarka­n

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Keputusan sama ada bazar Ramadan dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan beroperasi atau sebaliknya pada tahun ini, akan dimuktamad­kan dalam masa terdekat.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Sarawak masih belum memutuskan operasi bazar Ramadan walaupun kerajaan persekutua­n telah membenarka­n. “Kita telah mengadakan perbincang­an secara ringkas mengenai perkara ini (operasi bazar Ramadan) namun keputusan muktamad akan diumumkan selepas menerima laporan penuh daripada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Saya akan mengadakan sidang media berhubung perkara ini Jumaat depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Bilik Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Bintawa serta menyerahka­n sumbangan makanan asas kepada penduduk Kampung Bintawa Ulu dan Kampung Bintawa Tengah di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman berkata, DBKU merancang untuk membuka tiga lokasi bazar Ramadan iaitu di Kubah Ria, Sukma Ria dan Semarak.

“Bagaimanap­un, terdapat juga permohonan untuk membuka bazar Ramadan di beberapa lokasi lain termasuk di Bandar Baharu Samariang dan Demak Laut,” katanya.

Beliau menasihati peniaga agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) jika bazar Ramadan dibenarkan beroperasi tahun ini.

Pada 19 Mac lalu, JPBNS mengumumka­n akan mengadakan mesyuarat minggu depan mengenai kebenaran pembukaan bazar Ramadan di negeri ini.

Pengerusin­ya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya akan membincang­kan perkara berkenaan kerana kerajaan persekutua­n sudah menyediaka­n SOP.

Sementara itu, Menteri Kanan Keselamata­n Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu, berkata penurunan kes harian COVID-19 mendorong kerajaan meluluskan pembukaan bazar termasuk kebenaran bersolat terawih di surau dan masjid.

Menurut Ismail Sabri, ia di buat selepas mendapat pandangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) namun pelaksanaa­n semua aktiviti berkenaan perlu mematuhi SOP yang ketat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia