Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kampung Bintawa terlibat dalam PKPD terima bantuan sumbangan makanan

-

KUCHING: Seramai 769 ketua isi rumah merangkumi 4,064 penduduk Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) menerima bantuan sumbangan makanan kering dan basah, semalam.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sumbangan bantuan disalurkan beberapa agensi termasuk Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, Pusat Khidmat Parlimen Santubong, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorang­an.

“Saya mewakili masyarakat DUN Pantai Damai khasnya penduduk Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah berterima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam menguatkua­sakan PKPD termasuk JPBNS yang memasuki hari keenam ini.

“Kita merayu semua pihak agar memberikan kerjasama dalam usaha kita memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Bilik Operasi PKPD Bintawa serta menyerahka­n sumbangan makanan asas kepada penduduk Kampung Bintawa Ulu dan Kampung Bintawa Tengah di sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman memberitah­u bahawa Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanak­an operasi pengesanan kes aktif (ACD) COVID-19 terhadap 3,759 orang di kedua-dua kampung tersebut.

“Ini bermakna hampir 80 peratus daripada 4,064 orang dari Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah menjalani ACD dan ujian ini masih berjalan.

“Saya dimaklumka­n setakat ini, sebanyak 50 kes positif dikesan di kedua-dua kampung ini dan kesemua mereka kini diletakkan di pusat kuarantin,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Sementara itu, JPBNS menerusi kenyataann­ya pada 15 Mac lalu berkata, PKPD dikuatkuas­akan di Kampung Bintawa Ulu dan Bintawa Tengah bermula 16 Mac hingga 30 Mac 2021.

Menurutnya, keputusan itu dibuat memandangk­an kes positif COVID-19 dari kampung-kampung berkenaan kian meningkat.

“PKPD bagi Kampung BintawaUlu­danTengah, Kuching berkuat kuasa mulai 16 Mac 2021 (12.01 pagi) hingga 30 Mac 2021 (11.59 malam).

“Keputusan ini dibuat memandangk­an kes positif COVID-19 dari kampungkam­pung itu kian meningkat,” katanya.

 ??  ?? TERIMALAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sumbangan kepada ketua Kampung Bintawa Tengah semalam.
TERIMALAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sumbangan kepada ketua Kampung Bintawa Tengah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia