Utusan Borneo (Sabah)

Tiada bakteria SE dikesan di ladang telur CES 008: DVS

-

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) mendapati tiada bakteria Salmonella enteritidi­s (SE) dikesan pada konsainan telur di ladang penelur CES 008 kepunyaan Lay Hong Bhd.

DVS dalam kenyataan memaklumka­n bahawa siasatan lanjut dijalankan susulan isu pengesanan SE pada konsainan telur eksport oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).

Menurut DVS, pengambila­n sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman daripada ladang ayam penelur tersebut telah diambil untuk ujian pengesanan SE di makmal DVS Salak Tinggi.

“Hasil pengujian makmal ke atas sampel menunjukka­n tiada bakteria Salmonella dikesan.

“Sehubungan itu, DVS akan mengadakan perbincang­an lanjut bersama pihak

SFA bagi membincang­kan perkara tersebut,” menurut kenyataan itu semalam.

Selain itu, DVS memaklumka­n pihaknya turut menjalanka­n siasatan dan pengambila­n sampel ke atas ladang CEM 014 untuk ujian pengesanan SE.

DVS memaklumka­n menerusi Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan, pihaknya akan memperting­katkan program pemantauan Salmonella di semua 276 ladang ayam penelur di seluruh negara bagi memastikan bekalan dan keselamata­n telur yang dipasarkan.

Pencemaran SE dilaporkan berlaku hampir di seluruh dunia boleh terjadi sama ada di peringkat ladang disebabkan amalan penternaka­n yang kurang baik daripada aspek biosekurit­i dan kebersihan ladang selain pencemaran di sepanjang rantaian pemasaran telur disebabkan pengendali­an telur kurang bersih.

Justeru, DVS menasihati pengguna agar memastikan telur dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, disimpan di tempat sesuai dan dimasak sempurna sebelum dimakan kerana SE boleh musnah pada suhu melebihi 71 darjah Celcius. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia