Utusan Borneo (Sabah)

Axelsen, Zii Jia bertemu di final

Pemain itu menundukka­n rakan senegara Antonsen dalam aksi separuh akhir Terbuka All England

-

BIRMINGHAM: Juara bertahan Viktor Axelsen berhadapan dengan Lee Zii Jia kelahiran Malaysia dalam perlawanan akhir Terbuka All England pada Ahad.

Axelsen mengatasi pemain Danish dalam separuh akhir, bangkit dan mengalahka­n Anders Antonsen 16-21, 21-7, 21-17.

Lee seharusnya akan bermain lebih tangkas setelah menamatkan permainan kelayakan lebih awal pada Sabtu 21-13, 21-17 menentang pemain Belanda Mark Caljouw.

21 tahun setelah tanpa pemain Danish dalam acara lelaki persendiri­an, Axelsen memutuskan rantaian itu tahun lalu dan berjaya menewaskan rakan senegara dalam perlawanan antara pilihan kedua dan ketiga itu.

“Ia perlawanan yang sengit. Banyak ulang-alik, banyak kegentaran, banyak pertukaran hebat - semuanya ada,” kata Axelsen.

Pemenang pingat gangsa Olimpik 2016 itu nampak tenang pada saat genting untuk mata penentu sebelum meraih mata penyamaan pertama atas kecuaian Antonsen.

Lee pula menggegark­an pemain nombor dua dunia Kento Momota dan mara ke perlawanan akhir dengan pemain 22 tahun itu tidak menampilka­n kesukaran menundukka­n Caljouw.

“Ini merupakan peringkat akhir pertama saya dalam All England, jadi saya amat berbesar hati dengan persembaha­n saya,” ulas Lee.

Dalam peringkat akhir wanita, Nozomi Okuhara akan berdepan dengan Pornpawee Chochuwong selepas menang kepada Ratchanok Intanon 16-21, 21-16, 2119.

Pilihan kedua Okuhara bangkit selepas kalah dalam set pertama.

Intanon mendahului dengan 13-8 sebelum beberapa kecuaian membukajal­an untuk Okuhara menukar rentak set terkahir dengan 20-18.

Chochuwong pula mara ke final dengan kemenangan 21-17, 21-9 kepada pemain pilihan kelima India Pusarla Venkata Sindhu.

Kesemua tiga perlawanan beregu bakal menampilka­n kumpulan pasangan Jepun.

Pasangan juara bertahan Hiroyuki Endo dan Yuta Watanabe akan bersaing dengan Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda dalam pusingan akhir lelaki.

Uki Fukushima dan Sayaka Hirota berhadapan Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara dalam pusingan akhir wanita. Watanabe dan pasanganny­a Arisa Higashino akan bermain dengan Matsutomo dan Yuki Kaneko dalam pusingan akhir campur. Pasukan Indonesia pula dipaksa untuk menarik diri dari kejohanan pada awal minggu ini selepas seorang penumpang dalam penerbanga­n sama ke Britain disahkan positif COVID-19. —

 ??  ?? — Gambar AFP
MENCABAR: Axelsen (kiri) beraksi menentang lawannya, Antonsen pada perlawanan separuh akhir perseorang­an lelaki Terbuka All England di Birmingham.
— Gambar AFP MENCABAR: Axelsen (kiri) beraksi menentang lawannya, Antonsen pada perlawanan separuh akhir perseorang­an lelaki Terbuka All England di Birmingham.
 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Zii Jia menewaskan lawannya, Caljouw.
— Gambar AFP HEBAT: Zii Jia menewaskan lawannya, Caljouw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia