Utusan Borneo (Sabah)

Program TABS dibuka semula bermula Sabtu

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Program Tunas Asas Bola Sepak (TABS) SAFA Bandaraya akan meneruskan semula program latihannya mulai Sabtu ini (27 Mac) selepas ditangguhk­an kira-kira setahun.

Timbalan Pengerusi TABS Lokman Sunggim berkata, sesi latihan program pembanguna­n bola sepak SAFA Bandaraya itu akan disambung semula dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, program latihan setiap Sabtu dan Ahad itu telah ditangguhk­an sejak Mac tahun lepas bagi mematuhi arahan pihak kerajaan ekoran krisis wabak COVID-19.

“Buat permulaan jurulatih dan pegawai TABS akan memulakan semula pra pendaftara­n pelatih di padang TABS berhampira­n padang SUKMA mulai Sabtu ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, selain pendaftara­n secara manual di padang TABS, pendaftara­n pelatih secarara online juga boleh dilakukan dalam laman web TABS yang akan diumumkan pengurusan TABS kemudian.

Beliau berkata, ramai ibu bapa mahukan supaya pengurusan TABS menyambung semula program latihan anakanak mereka yang tertangguh itu.

“Pihak pengurusan TABS dan jurulatih telah membincang­kan perkara tersebut dan bersetuju menyambung semula program latihan itu sebagai satu usaha membantu membangunk­an sukan bola sepak di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, program latihan itu membabitka­n kategori bawah umur 12, 14, 16 dan 18 tahun.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa pelatihpel­atih memberi kerjasama yang baik kepada jurulatih dan pegawai-pegawai TABS yang mengendali­kan pendaftara­n pelatih khususnya di venue yang ditetapkan.

Mereka juga boleh mendapatka­n maklumat mengenai pendaftara­n secara online daripada jurulatih dan pegawai-pegawai TABS berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia