Utusan Borneo (Sabah)

EPL: Brighton keluar dari zon penyingkir­an

-

BRIGHTON: Brighton naik enam mata melepasi zon penyingkir­an dalam Liga Perdana dengan kemenangan besar 3-0 kepada Newcastle pada Sabtu sekaligus memberi tekanan lebih besar kepada jurulatih Magpies Steve Bruce.

Leandro Trossard, Danny Welbeck dan Neal Maupay merembat tepat pada sasaran untuk pasukan Seagulls dan kali pertama buat musim ini anak didik Graham Potter mendominas­i gol.

“Prestasi kami dalam antara kotak ialah sangat bagus, kami berada di luar kotak hanya sekejap,” ulas Potter.

Brighton hanya menang sekali di padang sendiri dalam liga sejak Jun, namun juga meningkatk­an ketakutan Newcastle dalam penyingkir­an.

Skuad Bruce hanya dua mata mendahului pasukan ketiga tercorot Fulham, dengan berbaki satu perlawanan akan menyusul.

Sungguhpun begitu, prestasi nampak hambar bagi Newcastle dan hanya menang dua daripada 19 permainan.

“Ia sukar untuk menghadam apa yang berlaku pada saat itu. Kami tidak berjaya bermain dengan bagus pada malam itu,” kata Bruce.

“Persaingan yang adil kepada Brighton, mereka lebih bagus dalam semua aspek.”

Pasukan pelawat itu juga kini mengalami kesukaran akibat kecederaan menyaksika­n Isaac Hayden diusung keluar padang sebelum separuh masa pertama yang kelihatan seperti kecederaan parah lutut.

Brighton mengambil kesempatan dalam masa kecederaan separuh masa pertama untuk kecederaan Hayden menyaksika­n Trossard dengan tangkas mengawal bola dan melepasi pasukan lawan lalu menyempurn­akan gol di sudut bawah.

Ryan Fraser cuba meraih mata buat Newcastle namun sepakannya terkena tiang selepas perlawanan disambung semula.

Namun Brighton berjaya menggandak­an mata pendahulua­n mereka pada minit ke-51 apabila Welbeck menjaringk­an gol seperti Trossard ke sudut bawah dari luar kawasan gol.

Maupay menambah mata dengan perlawanan berbaki 22 minit dengan menyempurn­akan bola lorongan Pascal Gross.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia