Utusan Borneo (Sabah)

Trak bergerak berpotensi dipasarkan di Sabah

- Oleh Yap Siong Han

Courtyard Hotel 1 Borneo lancar kaunter pandu lalu sebagai tanda konsep itu diterima baik

KOTA KINABALU: Courtyard Hotel 1 Borneo yang juga ahli kepada Persatuan Trak Bergerak SME Sabah (SSMTA) kini melancarka­n kaunter pandu lalu sebagai tanda konsep perniagaan itu diterima baik.

SSMTA dalam satu kenyataan menjelaska­n konsep pandu lalu menggunaka­n trak bergerak dapat menyediaka­n suasana yang lebih kondusif kepada pelanggan di sekitar kawasan berkenaan untuk membeli makanan serta minuman tidak kira siang ataupun malam.

Trak bergerak adalah sejenis perniagaan yang diterima baik di Semenanjun­g Malaysia dan ianya akan menjadi modal kepada perniagaan khususnya menjaja di tepi jalan.

Kelebihan menjaja menggunaka­n trak bergerak berbanding konsep tradisiona­l yang mewujudkan gerai di tepi jalan adalah tahap kebersihan kawasan berniaga itu boleh dijaga dengan lebih baik kerana trak berkenaan dilengkapi peralatan pembersiha­n.

Selain menjual makanan, trak bergerak juga boleh digunakan untuk membuka butik, salon, klinik pergigian, urut, pusat khidmat selenggara dan banyak lagi. Ia juga boleh dijadikan platform hiburan atau iklan bergerak.

SSMTA faham terdapat sesetengah pihak yang bimbang untuk terlibat sama dalam perniagaan trak bergerak kerana tidak ramai yang berjaya.

Isu utama dalam perkara ini adalah tidak wujud sebarang pengurusan yang teratur untuk mengurus perniagaan berkenaan. Sebab itu sesetengah pengusahan­ya berhadapan dengan cabaran mendapatka­n kelulusan daripada pihak berkuasa untuk mencari tapak untuk berniaga.

Oleh yang demikian, SSMTA telah dibentuk pada Oktober 2019 untuk memantau dan memberikan perkhidmat­an nasihat kepada ahli-ahlinya mengenai perniagaan trak bergerak serta yang berkaitan.

Adalah menjadi harapan SSMTA dengan bantuan yang diberikan itu, pengusaha trak bergerak mampu beroperasi di tapak perniagaan yang dibenarkan pihak berkuasa.

Untuk menarik pelanggan ke tapak berniaga berkenaan, ia juga memerlukan lebih banyak trak bergerak untuk berniaga di kawasan itu dengan menjual pelbagai produk makanan atau minuman serta yang berkaitan.

Ahli yang memiliki trak bergerak digalakkan untuk berhubung dengan SSMTA. Ketika dalam pandemik COVID-19, modal perniagaan trak bergerak mampu membantu mereka yang tidak mempunyai pekerjaan khususnya golongan muda.

Rebutlah peluang menjadi pengusaha trak bergerak sebagai seorang usahawan berbanding hanya menunggu tawaran kerja kerana ianya adalah mustahil pada ketika ini.

Untuk membuka sebuah premis perniagaan, ia memerlukan modal yang besar dan risikonya adalah tinggi serta boleh mengalami kegagalan sekiranya tidak mampu menampung pelbagai kos berkaitan berjumlah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanap­un, memulakan perniagaan dengan memiliki atau menyewa trak bergerak adalah sangat berbeza. Jualan balik trak berkenaan sahaja sudah mampu merangkumi lebih daripada 50 peratus kos asal.

SSMTA berpendapa­t adalah lebih baik sekiranya kerajaan mampu memperuntu­kan dana untuk membeli 100 buah trak bergerak dan memberikan tawaran sewa kepada belia tidak bekerja yang berhasrat menceburi bidang keusahawan­an.

Usaha itu sudah pasti dapat menyelesai­kan isu penganggur­an, seterusnya membantu membangunk­an ekonomi negeri dengan menyediaka­n kos kehidupan yang lebih murah.

Produk makanan yang dijual menerusi trak bergerak adalah lebih murah berbanding produk dijual dalam premis, keadaan ini seterusnya mampu mengurangk­an kos sara hidup.

Sejak penubuhan SSMTA, ianya dipimpin oleh Presidenny­a Foo Ngee Kee, Timbalan Presiden KT Tan, Naib Presiden Melanie Anno, YL Ngan, Daniel Shim dan Mandy Wong. Setiausaha Agung SSMTA Dr Rosalyn Gelunu, Pembantu Setiausaha Agung CV Lie, Bendahari Agung Tracy Chee serta pemimpin-pemimpin yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Foo (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan ketika pelancaran berkenaan.
KENANGAN: Foo (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan ketika pelancaran berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia