Utusan Borneo (Sabah)

Oprah Winfrey cungkil rahsia dan air mata ramai selebriti

- Oleh Peter Hutchison

DIA mungkin cucu lelaki Ratu, namun beliau juga bukan sembaranga­n orang. Oprah Winfrey, di mana temubual menggempar­kan beliau bersama Putera Harry dan Meghan Markle mendominas­i tajuk berita baru-baru ini, merupakan seorang bilionair fenomena TV yang terkenal mencungkil rahsia dan air mata daripada ramai selebriti. Bermula dengan Michael Jackson dan Tom Cruise hinggalah Lance Armstrong dan Duchess of York, Winfrey adalah orang yang bertanggun­gjawab bagi sebahagian temubual secara bersemuka paling diingati di Amerika sepanjang tiga dekad lepas. Harry dan Meghan adalah yang terkini membuat pengakuan terbuka di hadapan ratu bual bicara itu dalam satu rancangan temubual eksklusif yang telah disiarkan oleh CBS. Winfrey, 67, juga salah seorang daripada pempengaru­h (‘influencer’) terbesar di dunia, menjadi inspirasi bagi berjuta-juta orang rakyat Amerika agar lebih banyak membaca, membeli produk kegemaran beliau dan malah mengubah cara mereka bercakap, makan dan mengundi. Beliau telah muncul dalam filem-filem, menulis bersama beberapa buah buku dan mempengeru­sikan banyak dan pelbagai empayar media, dengan majalah Forbes menganggar­kan kekayaan beliau sebanyak AS$2.7 bilion. Pewawancar­a yang telah memenangi banyak anugerah telah lama mempromosi­kan kesedaran dan juga pengembang­an diri, selain menjadi guru membantu diri sendiri bagi ramai orang. Pengaruh beliau meliputi sehingga politik: pada 2008, beliau menyokong cubaan Barack Obama untuk memenangi kerusi bagi jawatan presiden, kali pertama beliau pernah secara umum menyokong seorang calon bagi jawatan tersebut. Para peminat telah lama menggalakk­an Winfrey agar bertanding bagi jawatan presiden. Pada 2018, beliau terpaksa memudarkan spekulasi bahawa beliau akan mendapatka­n pencalonan Demokratik untuk menentang presiden ketika itu Donald Trump. Winfrey, dilahirkan pada 1954, bangkit dari zaman kanak-kanak yang berada dalam kemiskinan dan penderaan di pekan kecil Mississipp­i untuk menjadi bilionair Afrika-Amerika wanita yang pertama di dunia pada 2003. Beliau memulakan karier dalam bidang penyiaran ketika masih di sekolah tinggi dan mendapat satu pekerjaan sebagai seorang wartawan berita di Nashville pada usia 19 tahun. Kepetahan beliau bercakap yang penuh dengan emosi memberikan­nya satu rancangan bual bicara pagi di Chicago pada 1984, yang kemudianny­a dikenali di peringkat nasional sebagai ‘The Oprah Winfrey Show’ pada 1986. Rancangan tersebut, yang berlangsun­g selama 25 musim sehingga 2011, menjadi rancangan bual bicara yang paling ramai penonton pada sepanjang masa dan dianggarka­n mencapai sehingga 40 juta orang penonton AS dalam seminggu.

- KELAB BUKU -

Audiens tertarik untuk menonton kerana ingin menyaksika­n hubungan penuh emosi yang beliau cipta dengan tetamu dan juga penontonny­a, dengan selebriti dari semua peringkat hidup memilih rancangan beliau sebagai satu ruangan yang selesa untuk bercerita. Bahagian temubual di mana mereka tiba-tiba menemui sesuatu tentang diri mereka telah dikenali sebagai “Oprah moment”. Pelakon Tom Cruise yang terkenal kerana melompat ke atas kerusi untuk menyatakan perasaan cintanya kepada Katie Holmes. Winfrey turut membawa rancangann­ya ke Neverland Ranch bagi satu temubual pada 1993 dengan ‘King of Pop’ Jackson yang telah menarik seramai 100 juta orang penonton. Dalam temubual lain, Sarah Ferguson memberitah­u Winfrey pada 2010 bahawa hutang yang bertimbun telah membawa beliau untuk cuba menjual akses kepada bekas suaminya, Putera Andrew dari Britain. Semasa satu perbualan pada 2013, pelumba basikal yang dimalukan Armstrong mengakui buat kali pertama bahawa beliau telah menggunaka­n dadah terlarang bagi membantu prestasiny­a. Penggunaan pengakuan umum oleh Winfrey sebagai terapi adalah tidak tertakluk kepada tetamu; beliau sering kali bercakap mengenai perjuangan beliau sendiri dengan berat tidak tetap dan penderaan seksual yang dialaminya ketika masih kecil. “Saya benar-benar memahami bahawa tidak ada perbezaan di antara saya dan penonton,” kata beliau pada 2014. Melalui kelab bukunya, beliau telah memperkena­lkan pelbagai pekerjaan. Satu cop kelulusan daripada Winfrey akan mengubah sebuah novel menjadi laris terjual serta-merta, satu fenomena dikenali sebagai ‘Oprah Effect’. Sokongan beliau untuk Obama telah dianggarka­n oleh para penyelidik dari University of Maryland berjaya membawa masuk tambahan sejuta undian dan membantu Obama memenangi kedua-dua pencalonan Demokratik dan jawatan presiden. Obama menyampaik­an anugerah ‘Presidenti­al Media of Freedom’ kepada Winfrey pada 2013.

- PENCALONAN OSCAR -

‘The Oprah Winfrey Show’ turut bertindak sebagai satu asas bagi sebuah empayar yang meliputi buku, radio, majalah dan penerbitan dalam talian. Winfrey menubuhkan syarikat produksi beliau sendiri pada 1986, menamakan ia sebagai Harpo, iaitu nama beliau sendiri yang diterbalik­kan. Beliau melancarka­n ‘O, The Oprah Magazine’ pada 2000. Majalah itu menikmati satu pengeluara­n lebih daripada 2.5 juta pada pertengaha­n tahun 2000 hingga 2010 sebelum pencetakan­nya tamat pada Disember lepas. Namun begitu beliau masih mempunyai Oprah Winfrey Network. Rangkaian TV itu dilancarka­n pada 2011 namun mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kumpulan penonton dan sekarang majoriti dimiliki oleh Discovery. Pada 2018, Winfrey telah menandatan­gani satu perkongsia­n selama beberapa tahun dengan Apple bagi membentuk program untuk perkhidmat­an strimingny­a. Beliau turut memiliki saham sebanyak tujuh peratus dalam Weight Watchers. Winfrey merupakan seorang dermawan yang terkenal, pada tahun lepas pertubuhan amalnya telah menyumbang­kan AS$10 juta untuk usaha bantuan COVID-19. Pada 1993, bekas presiden Bill Clinton telah menandatan­gani ‘Oprah Bill’ dalam undangunda­ng selepas Winfrey membantu membentuk satu pangkalan data negara bagi pendera kanak-kanak yang disabitkan. Winfrey telah dicalonkan bagi satu anugerah Oscar untuk watak aktres pembantu dalam filem arahan Steven Spielberg berjudul ‘The Color Purple’ pada tahun 1985. Beliau tidak pernah berkahwin dan lebih suka merahsiaka­n hubungan beliau selama lebih 30 tahun dengan ahli perniagaan Stedman Graham daripada pengetahua­n umum. —

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENGAKUAN TERKINI: Gambar fail menunjukka­n Putera Harry (kiri) dan isterinya Meghan Markle.
— Gambar AFP PENGAKUAN TERKINI: Gambar fail menunjukka­n Putera Harry (kiri) dan isterinya Meghan Markle.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia