Utusan Borneo (Sabah)

Seorang lagi tebusan Abu Sayyaf berjaya diselamatk­an

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Seorang lagi tebusan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang diculik dari Tambisan, Lahad Datu Januari tahun lepas berjaya diselamatk­an pasukan keselamata­n Filipina di Tawi-Tawi, kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.

Komander Wilayah Barat Mindanao Leftenan Jenderal Corleto Vinluan Jr berkata mangsa, Mohd Khairuidin, 15, diselamatk­an hasil operasi ketenteraa­n di Languyan, Tawi-Tawi, Filipina.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mengesahka­n mangsa tebusan terakhir dalam kalangan kumpulan nelayan yang sama dengan tiga tebusan yang ditemui selamat empat hari lepas.

Ketiga-tiga mereka yang turut ditemui di Pulau TawiTawi dikenali sebagai Arizal Kasta Miran, 30, Arsad Dahlan, 41, dan Andi Riswanto Hayano, 26 (semua mangsa berasal dari Wakatobi).

Terdahulu, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu yang dihubungi mengesahka­n sudah menerima maklumat pembebasan warganya daripada ASG di Filipina.

Namun, Ketua KJRI Kota Kinabalu Krishna Djelani berkata, maklumat terperinci berhubung status terkini mangsa-mangsa culik dari perairan Tambisan, Lahad Datu Januari tahun lepas itu belum diperolehi.

“Betul saya sudah menerima khabar pembebasan warga Indonesia yang diculik ASG, namun belum mempunyai data yang lengkap,” katanya, kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Berdasarka­n kenyataan media Kementeria­n Luar Negeri Republik Indonesia pula, keempat-empat mangsa menaiki bot yang sama dan cuba dipindahka­n dari Indanan Sulu ke tempat lain akibat operasi pasukan keselamata­n Filipina.

Bagaimanap­un, bot yang mereka naiki karam akibat dilanda ombak dan hanya tiga mangsa ditemui selepas kejadian oleh polis marin Stesen Tandubas Tawi-Tawi, manakala Mohd Khairuidin dilaporkan ‘hilang’.

Kementeria­n terbabit turut mengesahka­n bahawa mangsa dalam keadaan sihat dan selamat serta akan dibawa ke Zamboanga sebelum diterbangk­an ke Manila untuk proses penghantar­an pulang ke Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia