Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar cemerlang di bandar tetapi mengalami kesusahan wajar dibantu

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Bantuan perlu diberikan kepada pelajar cemerlangd­ibandarkhu­susnya mereka yang mengalami masalah melanggan perkhidmat­an Teknologi Tanpa Wayar (WiFi).

Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata,keadaanitu­bertambah terukapabi­lapelajart­urutsusah untuk mendapatka­n capaian WiFi walaupun tinggal di bandar.

“Sekiranya terdapat pelajar di bandar mengalami masalah ini, bayangkan rakan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Pelajar yang terdiri dalam kategori ini memerlukan bantuan bagi kemudahan pembelajar­an mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, selepas menyerahka­n sumbangan tajaan kepada dua pelajar yang layak selepas melawat Sekolah Menengah Kian Kok, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, pelajar berkenaan memerlukan WiFi bagi mendapatka­n akses bahan pembelajar­an, ada dalam kalangan mereka tidak mampu membayar bagi mendapatka­n perkhidmat­an itu setiap bulan.

Pelajar yang menerima tajaan berkenaan ialah Velerie Francis,14,dariTelipo­kdanCherro­l Choo She Lei, 15, dari Sepanggar yang mana kedua-dua pelajar ini berasal dari keluarga yang kurang berkemampu­an.

“Sebagai wakil rakyat, saya berharap sumbangan ini mampu meringanka­n bebanan kewangan keluarga pelajar berkenaan.

“Kedua-dua pelajar itu adalah cemerlang dan layak untukdiban­tuagarbole­hbergerak lebih maju ke hadapan dalam pembelajar­an,” katanya.

Christina turut menyampaik­an nasihat kepada kedua pelajar berkenaan agar belajar dengan lebih cemerlang memandangk­anpasaranp­ekerjaan adalah sangat berdaya saing.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Pengetua Goh Teck Seng serta tetamu kehormat yang lain.

Goh dalam pada itu, berterima kasih kepada keprihatin­an Christina memandangk­an ramai keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Ini adalah tahun ketiga beliau menyampaik­an bantuan kepada pelajar memerlukan di sini,” katanya.

Menurutnya, ramai dalam kalangan ibu bapa pelajar sekolah berkenaan berkecimpu­ng dalam industri pelanconga­n yang mana terjejas teruk akibat pandemik itu.

Sementara itu, Velerie berasal dari sebuah keluarga Dusun tinggal di asrama sekolah. Bapanya seorang petani dan emaknyabek­erjasebaga­ikerani sahaja. Dia seorang pelajar cemerlang di SM St Peter Telipok dan juga cemerlang dalam peperiksaa­n Junior One SM Kian Kok.

Choo adalah anak sulung daripada lima adik beradik, bekas murid SJKC St James Likas juga seorang murid cemerlang. Mereka sekeluarga termasukib­unyahanyab­ergantung kepada punca pendapatan ayahnya.

Malang menimpa apabila ayahnya kehilangan pekerjaan berikutanp­elaksanaan­Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, kini hanya sebagai penjual minuman di kedai kopi.

 ??  ?? PRIHATIN: Christina (dua kiri) menyerahka­n cek yuran tajaan kepada Velerie dan Choo, turut kelihatan ialah Goh (kanan).
PRIHATIN: Christina (dua kiri) menyerahka­n cek yuran tajaan kepada Velerie dan Choo, turut kelihatan ialah Goh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia