Utusan Borneo (Sabah)

Bintulu perlu lebih kuota vaksin COVID-19

Kuota diterima agak rendah dalam Program Vaksinasi Imunisasi COVID-19 fasa pertama siri dua kelmarin

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mempertimb­ang lebih kuota vaksin COVID-19 untuk Bintulu berikutan kuota yang diterima bahagian ini agak rendah dalam Program Vaksinasi Imunisasi COVID-19 fasa pertama siri dua kelmarin.

Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kelmarin penerima vaksin adalah seramai 552 orang, manakala semalam 852 orang dan hari ini 366 orang dengan jumlah keseluruha­n 1,770 orang sepanjang tempoh tiga hari program suntikan vaksin kepada petugas barisan hadapan.

Begitupun katanya, kuota yang diberikan itu agak rendah dan beliau memohon agar KKM mempertimb­ang pertambaha­n bagi Bintulu.

“Jangan ketepikan Bintulu memandangk­an Bintulu merupakan pusat industri berat serta minyak dan gas yang menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara ini,” ujarnya ketika ditemui media semasa meninjau Program Vaksinasi Imunisasi COVID-19 fasa pertama siri dua untuk vaksin Pfizer BioNTech membabitka­n 1,770 petugas barisan hadapan di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu kelmarin.

Tiong berkata, Kita ada bermacam-macam rakyat yang bekerja di sini dalam sektor industri berbeza maka sewajarnya penduduk Bintulu diutamakan dalam pemberian vaksin.

Dalam pada itu, beliau menyeru penduduk Bintulu yang layak dan telah mendaftark­an diri agar menerima suntikan vaksin agar menghadiri temu janji yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan.

“Saya memohon sesiapa pun supaya mendaftar diri bagi mendapatka­n vaksin.

“Saya minta rakyat jangan takut, sekiranya ada apaapa kejadian atau sakit ia hanya kejadian dengar cakap sahaja.

“Saya sendiri pun telah menerima suntikan vaksin dalam beberapa hari lepas tetapi hari ini masih lagi sihat dan okey,” katanya yakin.

Selain itu, beliau menyatakan rasa gembira semasa tinjauan yang dilakukan apabila melihat ramai kumpulan petugas barisan hadapan yang hadir untuk mendapatka­n vaksin pada siri kedua pemberian vaksin di sini.

Turut mengiringi beliau semasa tinjauan itu ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung.

 ??  ?? TURUN PADANG: Tiong diiringi Dr Melvin (kanan) meninjau pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada petugas barisan hadapan di Dewan Sri Kenyalang UPMKB kelmarin.
TURUN PADANG: Tiong diiringi Dr Melvin (kanan) meninjau pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada petugas barisan hadapan di Dewan Sri Kenyalang UPMKB kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia