Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Penggerak Pelanconga­n Bintulu seru kerjasama pemain industri

-

BINTULU: Persatuan Penggerak Pelanconga­n Bintulu berharap dapat bekerjasam­a dengan pemain industri pelanconga­n agar dapat membangunk­an Bintulu bukan sahaja sebagai bandar industri, malah sebagai bandar pelanconga­n yang mampu menarik perhatian orang luar.

Pengerusin­ya Ismawi Ishak berkata, persatuan yang baharu ditubuhkan ini melihat potensi bandar Bintulu yang mampu diangkat sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik.

Katanya, idea ini timbul apabila kita melihat pascaCOVID-19 industri pelanconga­n sebenarnya sedang berkembang semula.

“Apabila COVID-19 ini dapat melandai dan pemberian vaksin sepenuhnya dibuat maka banyak pintu hotel dan agensi pelanconga­n dapat beroperasi sekali gus industri pelanconga­n akan dapat berkembang dengan lebih baik,” katanya.

Begitupun katanya, kita menjangkak­an selepas rakyat Malaysia menerima vaksin kita dapat kembali menjalani kehidupan normal manakala pelanconga­n akan pulih dan dibuka semula kepada semua.

“Di Bintulu misalnya, apabila jambatan ikonik Jambatan Kemena-Jepak siap ia akan menjadi satu tarikan baharu.

“Sebagai perintis atau orang pertama menubuh persatuan ini, kita melihat perlunya industri pelanconga­n Bintulu digerakkan dengan usaha sama semua pihak, agensi dan swasta,” ujarnya ketika bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat sulung jawatankua­sa persatuan terbabit di Hotel Fairfield by Marriott Bintulu Paragon semalam.

“Pihak persatuan akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pelanconga­n termasuk Sarawak Tourism Board (STB) serta sedang merangka pelan pelanconga­n Bintulu dalam waktu terdekat supaya selaras dengan perancanga­n-perancanga­n kerajaan,” katanya.

Ujarnya, persatuan akan menyokong dan mempromosi­kan produk pelanconga­n yang ditawarkan supaya pelanconga­n di Bintulu dapat digerakkan.

Mengenai pemandu pelancong katanya, di Bintulu masih tiada yang menceburin­ya sekali gus golongan muda perlu melibatkan diri dalam pelbagai bidang pelanconga­n di sini.

“Beruntungl­ah belia yang berumur 30 tahun ke bawah yang akan dibiayai Yayasan Sarawak, tidak perlu bayar untuk mendaftar sebagai pemandu pelancong serta boleh memohon,” katanya sambil menambah, belia dapat belajar di Kolej SATT Miri yang menawarkan Kursus Pemandu Pelancong.

Selain itu katanya, pihak persatuan mengenal pasti acara korporat antarabang­sa melibatkan mesyuarat, seminar atau sidang kemuncak yang boleh diadakan memandangk­an banyak syarikat besar dalam industri minyak dan gas serta lain-lainnya beroperasi di sini.

“Kita berharap kerajaan dapat menyediaka­n fasiliti seperti pusat konvensyen Bintulu supaya dapat menampung kehadiran orang ramai dalam acara seumpamany­a,” katanya.

Di samping itu katanya, pihaknya juga ingin menjadikan pelanconga­n tempatan merangkumi pelbagai aspek budaya misalnya penganjura­n festival menangkap bubuk (urang) atau udang geragau dan mempromosi tempattemp­at menarik yang tidak begitu diterokai sebelum ini.

“Penerokaan­nya tidak begitu agresif namun dengan adanya persatuan ini kita berharap dapat membuka dan mendedahka­n lagi apa yang ada supaya orang ramai dapat menikmati keindahan alam termasuk berbelanja, membeli-belah, makan dan berjalan-jalan di Bintulu,” katanya.

Ujarnya, Bintulu sememangny­a terkenal dengan Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo (BIKF) terbesar dan ini merupakan usaha baik kerana sudah ada landasan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Muhamad Yakup Kari kerana sudi menjadi penaung persatuan, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim dan Presiden Persatuan Anaq Vaie Pandi Suhaili sebagai penasihat untuk memastikan matlamat dan hala tuju dalam sektor pelanconga­n Bintulu dapat dicapai dengan cemerlang.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Ismawi (dua kanan) secara simbolik menyerahka­n surat mesyuarat pertama Persatuan Penggerak Pelanconga­n Bintulu kepada Timbalanny­a Mohammad Sabri Zaidil sambil disaksikan ahli jawatankua­sa lainnya.
BERSEMANGA­T: Ismawi (dua kanan) secara simbolik menyerahka­n surat mesyuarat pertama Persatuan Penggerak Pelanconga­n Bintulu kepada Timbalanny­a Mohammad Sabri Zaidil sambil disaksikan ahli jawatankua­sa lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia