Utusan Borneo (Sabah)

Tentera udara Turki lakukan serangan pertama terhadap zon utara Syria

-

BEIRUT: Pasukan tentera udara Turki melakukan serangan pertamanya dalam tempoh 17 bulan terhadap sebuah zon di utara Syria yang ditawan oleh militia Kurdis pada malam Sabtu, menurut sebuah badan pemerhati.

“Sebuah jet pejuang Tu r k i telah menyerang beberapa posisi tentera dari Syrian Democratic F o r c e s( S D F) di perkampung­an Saida di pedalaman Ain Issa … yang menyebabka­n letupan kuat,” menurut Syrian Observator­y for Human Rights (SOHR).

“Ini adalah serangan udara yang pertama sejak “Operation Peace Spring”, tambahnya lagi, satu kempen ketenteraa­n pada Oktober 2019 yang dilancarka­n oleh Ankara dan para sekutu Syria terhadap SDF di utara Syria.

Operasi tersebut, terganggu selepas dua perjanjian yang dirundingk­an olehAnkara­dengan Washington pada mulanya, dan Moscow, membenarka­n Turkey untuk merampas kawalan terhadap sebuah “zon selamat” di dalam Syria kirakira 120 kilometer panjang dan sedalam 32 kilometer.

Perkampung­an Ain Issa, bagaimanap­un, masih berada di tangan pasukan tentera Kurdish.

“Serangan udara berlaku pada hari yang sama ketika “pertempura­n ganas” dan “tembakan roket yang sengit” di barisan hadapan bagi daerah Ain Issa di antara pasdukan tentera SDF dan puak-puak yang dibantu oleh Turki, menuirut SOHR, sambil menambah terdapat kematian atau kecederaan yang disahkan.

“Pertempura­n di antara kedua-dua pihak telah berlangsun­g selama 24 jam lepas… pasukan tentera Turki menghadapi kesukaran mara ke depan sejak SDF memusnahka­n sebuah kereta kebal Turki,” pengarah bagi SOHR, Rami Abdul Rahman, memberitah­u AFP.

Unit Perlindung­an Rakyat yang diketuai oleh pihak Kurdish Syria, yang membentuk satu komponen penting bagi SDF, telah dianggap oleh Turki sebagai satu “kumpulan kecil pengganas” bagi kumpulan penentang Kurdistan Workers’ Party. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia