Utusan Borneo (Sabah)

Polis London tahan 33 penunjuk perasaan bantah sekatan pergerakan

-

LONDON: Pihak polis London menyatakan kelmarin (Sabtu) mereka telah menahan beberapa orang selepas beribu-ribu orang muncul di bandar utama British bagi membantah terhadap sekatan kawalan pergerakan koronaviru­s yang dijalankan.

Perkhidmat­an Polis Metropolit­an menyatakan 33 tangkapan telah dilakukan pada awal petang, kebanyakan kerana melanggar peraturan mengenai virus sejak beberapa bulan yang tidak membenarka­n orang ramai meninggalk­an kediaman kecuali bagi beberapa sebab tertentu.

Beberapa ribu orang telah dianggarka­n akan berkumpul bagi tunjuk perasaan, yang bermula pada waktu makan tengah hari Sabtu di Hyde Park.

Selepas kumpulan orang awam berarak melalui tengah London, sekumpulan kitrakira 100 orang pulang semula ke taman dan terdapat laporan mengenai perbalahan serta kumpulan tersebut melontar batu dan tin ke arah pihak polis.

“Anggota polis kami berterusan untuk berurusan dengan orang ramai yang menghadiri protes yang dijalankan di Central London,” pihak pasukan polis menyatakan sebelum itu di Twitter.

“Perhimpuna­n orang ramai ini kemudian digalakkan untuk bersurai dan pulang ke rumah.

“Anggota polis akan mengambil tindakan penguatkua­saan apabila perlu. Ini mungkin akan menjadi satu notis hukuman yang tetap, atau penahanan.”

Langkah kawalan pergerakan COVID-19 di England telah dilaksanak­an sejak awal Januari, ketika Britain melihat satu peningkata­n pada kadar jangkitan, kemasukan ke hospital dan kematian.

Situasi telah bertambah baik sejak itu, dan Perdana Menteri Boris Johnson pada bulan lepas telah menggarisk­an satu tindakan meringanka­n sekatan secara berperingk­at, dengan arahan duduk di rumah yang tegas dijangka akan ditamatkan pada lewat bulan ini.

Tunjuk perasaan antikawala­n pergerakan berjumlah beratus-ratus atau malah beberapa ribu orang telah berlaku dengan kerap ketika pandemik, sering kali membawa kepada beberapa penahanan kecil.

Bagaimanap­un, respons polis terhadap protes pada Sabtu lepas adalah di bawah kawalan tertentu dalam keadaan kemarahan terhadap cara Met menangani satu acara penghormat­an pada hujung minggu lepas bagi seorang wanita yang dikatakan telah diculik dan dibunuh oleh seorang anggota pasukan yang sama.

Dalam kejadian itu, pihak polis bergaduh dengan kumpulan wanita terdiri beberapa ratus orang dan menghalang penunjuk perasaan secara fizikal, menangkap empat orang.

Pesuruhjay­a Polis Met Cressida Dick, yang berdepan dengan seruan agar meletakkan jawatan akuibat susulan kejadian, bersetuju terhadap penilaian dalaman dan bebas mengenai bagaimana anggota polis memberikan respons.

Episod itu turut mencetuska­n beberapa perdebatan baharu mengenai tindakan perundanga­n terhadap protes semasa pandemik.

Lebih dari 60 orang ahli perundanga­n telah menandatan­gani sekeping surat pada Sabtu lepas, dianjurkan oleh kumpulan hak asasi Liberty dan Big Brother Watch, memberikan amaran bahawa protes yang bersifat kriminal “adalah tiodak diterima dan boleh dianggap sebagai melanggar undang-undang.” —

 ?? — Gambar AFP ?? INGKAR: Ribuan penduduk berada di jalanan, di tengah London kelmarin, membantah kawalan pergerakan susulan peningkata­n rebakan jangkitan koronaviru­s.
— Gambar AFP INGKAR: Ribuan penduduk berada di jalanan, di tengah London kelmarin, membantah kawalan pergerakan susulan peningkata­n rebakan jangkitan koronaviru­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia