Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin kesatuan di Peru bersetuju tamatkan mogok

-

LIMA: Kerajaan Peru dan kesatuan pengangkut­an, melakukan mogok sejak Isnin mengenai kenaikan harga minyak, telah mencapai satu perjanjian untuk menamatkan protes, umum pihak berkuasa kelmarin.

“Selepas dialog selama seharian, para pemimpin bagi kesatuan pengangkut­an telah mencapai satu perjanjian dengan kerajaan dan menandatan­gani satu akta yang memberikan kelebihan kepada sektor dan komited untuk menghentik­an mogok mereka,” menurut Kementeria­n Pengangkut­an dalam Twitter.

Sebagai sebahagian dari perjanjian, Petroperu yang dimiliki oleh negara akan mengurangk­an harga diesel dan minyak akan diberikan sebagai subsidi oleh sebuah dana khas yang melindungi dari ketidaksta­bilan harga.

Kesatuan tersebut bersetuju untuk membuka sekatan jalan, termasuk penghadang yang dibuat dari batu, tayar yang dibakar dan dahan pokok, yang telah menghalang trafik di jalan raya utama di beberapa wilayah.

Pada Jumaat lepas pihak polis telah membubarka­n beberapa protes dan sekatan jalan, membawa kepada 71 tangkapan dilakukan.

Mogok itu telah memaksa polis untuk menghantar tangki oksigen perubatan bagi para pesakit koronaviru­s dengan menggunaka­n helikopter. Media tempatan turut menyataakn sekatan jalan telah menyebabka­n penangguha­n bagi segelintir orang yang pergi untuk temujanji vaksinasi di beberapa buah hospital.

Menurut kepada pihak kesatuan, satu gelen diesel telah meningkat pada harga sehingga $4.00 pada Disember dari $2.90.

Bantahan muncul hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya presiden dan parlimen pada 11 April.

Di negara jiran Ecuador, satu penamat kepada subsidi minyak pada 2019 menyebabka­n ketegangan buruk di negara ini sejak beberapa dekad, dengan 10 kematian dan lebih dari 1,300 orang tercedera dalam protes anti-kerajaan yang diketuai oleh beberapa buah komuniti miskin dan pribumi. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia