Utusan Borneo (Sabah)

PGA tahan 40 PATI di Pasir Mas dan Kota Bharu

-

KOTA BHARU: Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menahan seramai 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand berumur antara dua tahun hingga 40-an dalam penugasan Ops Benteng, kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata, kesemua mereka ditahan dalam dua operasi berasingan di Pasir Mas dan Kota Bharu hasil risikan dan maklumat awam.

“Dalam operasi pertama yang dilakukan pada jam 3.28 pagi, anggota telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Dangar, Pasir Mas. Ketika serbuan, terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan rumah itu.

“Pemeriksaa­n mendapati ada seorang lelaki tempatan iaitu pemandu kenderaan terbabit serta dua lelaki dan dua wanita warga Thailand yang didapati tidak mempunyai sebarang dokumen dan disyaki masuk ke sini secara haram,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nor Azizan berkata operasi kedua dilakukan pada 7 pagi di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Anggota pasukan telah mengesan sebuah bas yang mencurigak­an. Hasil pemeriksaa­n seramai 36 lagi PATI termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui di dalam bas tersebut.

“Dalam serbuan itu juga pihaknya turut menahan tiga lagi lelaki tempatan masingmasi­ng dua pemandu bas dan seorang disyaki tekong yang berada di dalam sebuah Toyota Innova berhampira­n bas itu yang mencurigak­an,” katanya.

Nor Azizan berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal PGA Taman Bakti, Pasir Mas untuk proses dokumentas­i.

“Kesakandis­iasatmengi­kut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 26J Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Dalam dua kejadian ini kita turut merampas tiga kenderaan dan semua telefon bimbit yang dianggarka­n bernilai lebih RM600,000,” katanya. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia