Utusan Borneo (Sabah)

Staf diplomatik Korea Utara dan tanggungan pulang

Susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur

-

PUTRAJAYA: Semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia berlepas pulang ke negara mereka semalam susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Kesemua 33 warga Korea Utara terbabit termasuk beberapa kanak-kanak, tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada jam 11.45 pagi semalam.

Mereka dijadualka­n berlepas menaiki pesawat Shanghai Airlines Penerbanga­n FM886 ke Pudong, China pada 4.10 petang semalam sebelum transit di Beijing dan meneruskan perjalanan pulang ke Korea Utara. Setiba di KLIA, mereka diiringi anggota polis ke kaunter daftar masuk untuk berlepas keluar yang mengambil masa kira-kira sejam.

Kuasa Usaha Kedutaan Korea Utara Kim Yu Song serta Kaunselor Song Ki Choi dilihat membantu staf lain dan keluarga mereka mendaftar masuk sebelum kesemuanya dibawa ke laluan VIP.

Sepanjang proses berlepas itu, mereka dibantu kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad. Bagaimanap­un, pihak media yang berkumpul di KLIA bagi membuat liputan hanya dapat meninjau dari jauh berikutan kawalan polis.

Susulan keputusan Korea Utara menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, Kementeria­n Luar Malaysia atau Wisma Putra mengeluark­an arahan agar semua kakitangan kedutaan itu dan tanggungan mereka meninggalk­an negara ini dalam tempoh 48 jam.

Terdahulu semalam pada kira-kira jam 11 pagi, warga media yang berkumpul di hadapan Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, mendapati staf kedutaan itu serta tanggungan mereka meninggalk­an premis berkenaan menaiki beberapa kenderaan termasuk sebuah bas yang disewa khas.

Kim juga sempat bercakap dengan pemberita, meluahkan rasa kecewanya terpaksa meninggalk­an Malaysia.

Pada Jumaat, Pyongyang mengumumka­n ia menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia apabila pada awal bulan ini mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradi­si ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada hari sama, Wisma Putra dalam kenyataann­ya berkata ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan negara berkenaan di sini yang operasinya sudah digantung sejak 2017. Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973 serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdaganga­n hinggalah pada 2017 apabila Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia. —

 ?? — Gambar Bernama ?? BERLEPAS PULANG: Kakitangan serta keluarga Kedutaan Korea Utara tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbanga­n FM0886 ke Pudong, China susulan arahan kerajaan yang memberi tempoh 48 jam kepada pihak kedutaan Korea Utara meninggalk­an Malaysia selepas Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik bersama Malaysia baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERLEPAS PULANG: Kakitangan serta keluarga Kedutaan Korea Utara tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbanga­n FM0886 ke Pudong, China susulan arahan kerajaan yang memberi tempoh 48 jam kepada pihak kedutaan Korea Utara meninggalk­an Malaysia selepas Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik bersama Malaysia baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KENYATAAN: Kim memberi penerangan kepada pihak media yang menunggu sejak awal pagi semalam di kedutaan tersebut.
— Gambar Bernama BERI KENYATAAN: Kim memberi penerangan kepada pihak media yang menunggu sejak awal pagi semalam di kedutaan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia