Utusan Borneo (Sabah)

Lee berpuas hati tahap pematuhan SOP di pejabat kerajaan

-

MIRI: Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang juga menteri bertanggun­gjawab terhadap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, semalam melahirkan rasa puas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pejabat-pejabat kerajaan.

Beliau yang telah mengadakan lawatan pemantauan pematuhan SOP COVID-19 bersama-sama agensi dan jabatan di bawah JPBB Miri di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Miri pagi semalam, turut menyaranka­n beberapa perkara bagi meningkatk­an keselesaaa­n pengunjung.

“Lawatan pada pagi ini dilakukan bagi melihat pengoperas­ian agensi-agensi kerajaan di UTC Miri dan memastikan segala SOP COVID-19 yang digariskan oleh kerajaan dipatuhi dengan ketat.

“Kita memerhati bahawa pematuhan SOP bagi setiap agensi pada hari ini adalah memuaskan,” ujar beliau.

Lee kemudian mencadangk­an agar ruang laluan keluar bangunan UTC Miri diperbesar­kan dengan mengalih satu barisan kerusi di hadapan.

Selain itu, beliau turut meminta agar satu unit kanopi ditambah bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai yang menunggu.

Pengoperas­ian UTC Miri telah dibuka semula bermula 17 Mac lalu dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Agensi-agensi kerajaan yang beroperasi adalah Service Sarawak, Klinik Kesihatan, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sementara itu, orang ramai diminta membuat temu janji secara dalam talian terlebih dahulu untuk sebarang urusan dengan JPN dan JIM di UTC Miri.

Bagi urusan dengan JPN, orang ramai boleh melayari laman sesawang https:// mytemujanj­i.jpn.gov.my/ atau mengimbas kod QR yang dipaparkan di kaunter atau laman sesawang JPN.

Manakala bagi urusan dengan JIM, orang ramai terlebih dahulu diminta mendaftar temu janji secara dalam talian dengan melayari http://sto. imi.gov.my/e-temujanji/.

Turut hadir mengiringi Lee semalam ialah Datuk Bandar Adam Yii, wakil Pemangku Residen Bahagian Miri Rose Edward Tarang, Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmm­an serta kakitangan semua agensi penguat kuasa di bawah JPBB Miri.

Sementara itu, orang ramai diingatkan untuk terus kekal waspada dan sentiasa mematuhi aspek SOP COVID-19 secara ketat.

 ??  ?? TURUN PADANG: Lee (kiri) ketika melawat dan meninjau pematuhan SOP COVID-19 di UTC Miri semalam.
TURUN PADANG: Lee (kiri) ketika melawat dan meninjau pematuhan SOP COVID-19 di UTC Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia