Utusan Borneo (Sabah)

Pasar raya diingat pastikan SOP dipatuhi ketat

-

BINTULU: Pasar raya di Bintulu tidak harus leka sebaliknya perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID19 dipatuhi semua bagi mengekang penularan wabak ini.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, rutin pelaksanaa­n SOP tidak boleh dilonggark­an atau tanpa kawalan kerana apabila longgar ia boleh menyukarka­n usaha membendung wabak.

“Saya mengesyork­an kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bintulu agar menggesa semua unit yang berkaitan memperketa­tkan penguatkua­saan SOP untuk memastikan perniagaan, syarikat dan masyarakat di daerah ini mematuhi SOP sepenuhnya,” ujarnya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China itu juga berkata, kawalan orang ramai di pasar raya sangat penting kerana sekiranya pasar raya ini enggan bekerjasam­a atau mengabaika­n pelaksanaa­n SOP yang ditetapkan maka orang ramai akan menghadapi risiko.

Katanya, banyak pasar raya meletakkan termometer suhu badan dan kod QR MySejahter­a di pintu masuk mereka untuk pelanggan namun dalam kebanyakan keadaan, mereka tidak mengehadka­n bilangan orang memasuki premis pada satu-satu masa atau menjaga jarak fizikal minimum.

“Pasar raya adalah tempat orang membeli keperluan harian tetapi sekiranya seorang positif wabak dibenarkan masuk ke kedai maka ramai orang akhirnya dijangkiti dan keadaan ini menjadi cabaran lebih besar kepada jabatan kesihatan untuk menanganin­ya,” katanya.

Justeru katanya, sangat penting untuk menetapkan had jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk ke kedai pada waktu tertentu mengikut SOP.

Ujarnya, pelanggara­n SOP ini perlu membawa kepada denda atau perintah penutupan kerana kita perlu bertindak demikian bagi membendung wabak ini.

“Jumlah kes baharu yang disahkan di Bintulu tetap tinggi setiap hari dan terdapat 34 kes daripada kluster pasar raya di sini sahaja.

“Pihak berkuasa tidak boleh terus bertolak ansur terhadap pihak yang mengabaika­n pematuhan SOP perniagaan kerana ia boleh membawa kepada kegagalan usaha petugas barisan hadapan untuk memerangi wabak ini,” katanya.

“Saya menggesa pihak polis dan tentera bertindak tegas bagi memastikan pematuhan terhadap SOP terus dipertingk­atkan lebih-lebih lagi apabila ramai pesakit positif COVID-19 didiagnosi­s tanpa gejala yang jelas,” katanya sambil berharap tindakan serius ini perlu diberi perhatian untuk mencegah lebih banyak penularan wabak.

 ??  ?? TEGAS: Tiong (kanan) meninjau situasi petugas barisan hadapan melibatkan anggota polis di Bintulu, semalam.
TEGAS: Tiong (kanan) meninjau situasi petugas barisan hadapan melibatkan anggota polis di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia