Utusan Borneo (Sabah)

Urusan pindah nama koperasi dipermudah: Wan Junaidi

-

ALOR GAJAH: Urusan memindahka­n nama satusatu koperasi kini dipermudah selepas pindaan Akta Koperasi 1993 diluluskan di Parlimen pada Disember tahun lepas.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, menerusi pindaan tersebut, mana-mana koperasi hanya perlu memaklumka­n sahaja kepada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) berbanding perlu mendapatka­n kebenaran daripada agensi tersebut sebelum ini.

“Ia akan memudahkan urusan pihak koperasi untuk memindahka­n nama lama kepada nama baharu tanpa perlu kebenaran daripada SKM,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat SKM Cawangan Masjid Tanah di sini, semalam.

Hadir sama Timbalanny­a Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Exco Pertanian, Pembanguna­n Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, akta yang mula berkuat kuasa pada 1 Mac lepas juga memberi kelonggara­n kepada mana-mana pihak untuk menubuhkan koperasi dengan penyertaan 20 orang sahaja berbanding 50 orang sebelum ini.

Beliau berkata, bagi golongan profesiona­l pula, hanya lima individu diperlukan bagi menubuhkan koperasi, dengan akta yang dipinda tersebut memberi kemudahan pentadbira­n kepada satu-satu koperasi.

“Bagi koperasi biasa, sekurang-kurangnya 25 orang diperlukan untuk tandatanga­n minit mesyuarat namun di bawah pindaan akta ini, hanya 10 orang sahaja diperlukan manakala bagi koperasi profesiona­l pula, hanya dua orang diperlukan untuk tujuan pengesahan minit mesyuarat berkenaan.

“Langkah ini diambil bagi memudahkan penubuhan sesebuah koperasi sekali gus dapat memperbany­ak koperasi dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaik­an bantuan pembanguna­n dan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) berjumlah RM1.2 juta kepada 11 koperasi di Melaka.

Kementeria­nnya, menerusi SME Corp dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional turut menyampaik­an pembiayaan kepada 15 usahawan SME Corp di bawah Program Peningkata­n Enterprise Bumiputera (BEEP) dan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) serta 10 usahawan TEKUN Nasional di bawah Program Skim Pembiayaan Informal, dengan jumlah pembiayaan masing-masing berjumlah RM1.2 juta dan RM50,000. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia