Utusan Borneo (Sabah)

Program Latihan Kemahiran Industri ECRL latih 5,000 warga tempatan

-

KUANTAN: Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka melatih lebih 5,000 warga tempatan, bermula daripada fasa pembinaan hingga fasa pengoperas­ian.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, untuk tahun ini, sebanyak 400 pelatih disasarkan menjalani latihan sebelum diserap ke projek ECRL, yang keseluruha­nnya melibatkan jarak 640 kilometer (km) dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor.

“Program latihan ini akan berlangsun­g serentak di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ini adalah satu jaminan pekerjaan kepada mereka berpeluang memasuki latihan yang kita berikan, dilakukan dengan kerjasama beberapa pusat latihan kemahiran,” katanya.

Darwis berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pertanding­an Fotografi ‘Discover East Coast Renaissanc­e via Lenses’ (Discover ECRL) dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah yang juga Ahli Parlimen Paya Besar di Sungai Lembing di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan China Communcati­ons Constructi­on (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) Bai Yinzhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang Zulkhairi Zainol Abidin.

Mengulas mengenai perkembang­an projek ECRL di Paya Besar, Darwis berkata beberapa struktur kejurutera­an utama sedang dalam fasa pembinaan seperti ‘Terowong Gambang 1’ sepanjang 608 meter (m), yang kini mencapai tahap lebih 100m bagi kerja penggalian selain ‘Super Major Bridge’ sepanjang 3.88km.

“Pembinaan struktur ini membolehka­n ECRL melintasi kawasan berisiko banjir serta menyeberan­gi Sungai Kuantan dan Jalan KuantanSun­gai Lembing, dengan kerja pembinaan sedang dilakukan melibatkan asas cerucuk, tetopi cerucuk dan pembinaan column pier,” katanya.

Darwis juga memaklumka­n MRL dan CCC-ECRL menitikber­atkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di kawasan pembinaan dan asrama pekerja, bagi memastikan kelancaran pelaksanaa­n projek tersebut.

Sementara itu, Mohd Shahar berkata pertanding­an ‘Discover ECRL’ adalah usaha mempromosi­kan Parlimen Paya Besar sebagai destinasi ekopelanco­ngan, yang antara lain melibatkan destinasi seperti Taman Eko Rimba Jerangkang, Gua Charas, Tasik Paya Bungor, Bukit Panorama dan Sungai Lembing.

“Kita juga akan memohon Sungai Lembing selaku pengeluar bijih timah utama masa dahulu dijadikan Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNESCO) dengan Institut Terjemahan & Buku Malaysia serta Universiti Malaysia Pahang sedang menerbitka­n buku berkaitan sejarah warisannya bagi menyokong permohonan itu,” katanya.

Pertanding­an ‘Discover ECRL’ yang juga tanggungja­wab sosial korporat MRL dan CCC-ECRL bermula hari ini hingga 23 Mei, terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 kepada pemenang.

Peserta hanya perlu mengambil gambar pemandanga­n antara 10 lokasi terpilih di sekitar Paya Besar dan memuat naik gambar itu di akaun Instagram mereka, dengan terma dan syarat pertanding­an boleh dibaca di laman web MRL, www.mrl. com.my atau akaun Facebook, Instagram atau Twitter rasmi ECRL. —

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Mohd Shahar (dua kiri) yang juga Ahli Parlimen Paya Besar bersama Darwis (tiga kanan) pada Pelancaran Pertanding­an Fotografi ‘Discover ECRL’ Paya Besar di Sungai Lembing, dekat Kuantan, semalam. Turut hadir Bai Yinzhan (kanan).
— Gambar Bernama PELANCARAN: Mohd Shahar (dua kiri) yang juga Ahli Parlimen Paya Besar bersama Darwis (tiga kanan) pada Pelancaran Pertanding­an Fotografi ‘Discover ECRL’ Paya Besar di Sungai Lembing, dekat Kuantan, semalam. Turut hadir Bai Yinzhan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia