Utusan Borneo (Sabah)

KPN rancang tambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara

-

KOTA TINGGI: Kementeria­n

Perpaduan Negara merancang menambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara sebagai usaha berterusan memupuk semangat perpaduan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata setakat ini, terdapat 1,781 Tabika Perpaduan dengan 35,238 murid di seluruh negara.

Beliau berkata, Jabatan PerpaduanN­egeri akan melakukan semakan dan bancian terlebih dahulu sebelum hasrat itu dilaksanak­an dan setakat ini, Perlis, Melaka serta Putrajaya merupakan antara negeri paling sedikit memiliki tabika tersebut.

“Tabika Perpaduan ini adalah dalam kawasan penempatan perbandara­n terutama dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Rasionalny­a, bilangan yang kita tambah itu adalah berdasarka­n bancian yang sedang dilakukan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n bantuan persekolah­an kepada pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan starter kit Tabika Perpaduan, di sini semalam.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu juga berkata, silibus pembelajar­an Tabika Perpaduan ditambah baik dengan pengenalan dua mata pelajaran baharu iaitu pendidikan asas Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

“Anak-anak ini berkawan dengan pelbagai kaum, oleh sebab itu, kita perkenalka­n silibus baharu ini. Jadi, kita harap kualiti silibus mengikut ketetapan yang ditentukan Kementeria­n Pelajaran Malaysia.

“Pada masa sama, kita juga perkenalka­n silibus kemahiran diri untuk ajar mereka bagaimana menguruska­n diri, kemas katil, kasut disusun di mana dan sebagainya,” katanya.

Halimah berkata pada tahun ini, murid Tabika Perpaduan turut diberikan pelbagai kelengkapa­n persekolah­an seperti dua pasang uniform, tudung, beg serta kasut sekolah dan peralatan menulis secara percuma dalam usaha membantu ibu bapa ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Menyentuh Komuniti Rukun Tetangga (KRT), beliau berkata jumlahnya juga akan ditambah mengikut populasi iaitu mewujudkan KRT bagi setiap 1,000 rumah di satu-satu kawasan.

“Ini dasar baharu yang saya buat. Kalau dahulu 1,500 rumah satu KRT tetapi sekarang kita kecilkan kepada 1,000 dengan satu KRT, begitu juga dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS),” katanya. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia