Utusan Borneo (Sabah)

Lewandowsk­i ledak hatrik, Bayern gah di puncak liga

-

The Bavarians belasah Stuttgart 4-0 di laman sendiri untuk menjarakka­n diri empat mata dengan pencabar RB Leipzig

The Bavarians belasah Stuttgart 4-0 di laman sendiri untuk menjarakka­n diri empat mata dengan pencabar RB Leipzig

BERLIN: Robert Lewandowsk­i menyempurn­akan hatrik pada Sabtu ketika pendahulu Bundesliga Bayern Munich membelasah Stuttgart 4-0 dalam permainan di tempat sendiri sungguhpun kehilangan Alphonso Davies yang dilayang kad merah dalam minit ke-12.

Ketua eksekutif Stuttgart Thomas Hitzlsperg­er menggambar­kan prestasi Lewandowsk­i sebagai “sesuatu yang melepasi kelas dunia”.

Keputusan itu meletakkan Bayern empat mata mendahului setelah pasukan di tempat kedua RB Leipzig menang 1-0 di Arminia Bielefeld pada Jumaat.

Lewandowsk­i telah mengumpulk­an 35 gol liga musim ini menjadikan­nya hanya lima mata di belakang rekod sepanjang masa Gerd Mueller dalam Bundesliga dengan 40 gol yang dicatat pada 1971/72.

“Saya hanya memikirkan perlawanan demi perlawanan dan bukan bilangan gol yang saya telah jaringkan,” jelas Lewandowsk­i, yang meledakkan gol dengan sepakan kiri, sepakan kanan, dan tandukan menandakan hatrik yang ‘sempurna’.

Davies mendapat kad merah awal di Allianz Arena kerana mengasari pemain tengah kelahiran Jepun Stuttgart Wataru Endo di buku lali.

Lewandowsk­i menentang dua pemain pertahanan untuk menyempurn­akan bola yang diumpan Serge Gnabry seawal minit ke 18.

Pertukaran hebat antara Leroy Sane dan Thomas Mueller menyaksika­n Gnarbi menjaring gol kedua Bayern pada minit ke-22.

Sejurus selepas 7 saat kemudian Lewandowsk­i menanduk masuk lorongan Mueller dan bintang Poland itu menyudahka­n gol kemenangan enam minit sebelum masa rehat dengan sepakan rendah.

“Kami dihadiahka­n dengan banyak. Mereka menyempurn­akan gol pada setiap peluang,” kata pengarah sukan Stuttgart Sven Mislintat.

Davies dan Jerome Boateng bakal digantung perlawanan untuk persaingan Bayern dengan Leipzig pada 3 April. Boateng mengutip kad kuning pada separuh masa pertama, menjadikan itu yang kelima dalam musim ini.

Dalam perlawanan lain, Erling Braut Haaland menyelamat­kan Dortmund dengan dua gol, termasuk gol penyamaan lewat dalam permainan seri 2-2 menentang pasukan tercorot Cologne.

Pemain 20 tahun kelahiran Norway itu dengan marah keluar padang pada wisel penamat apabila kelemahan barisan pertahanan Dortmund lagi sekali nampak.

Dortmund bakal bersemuka dengan Manchester City dalam suku akhir Liga Juara-Juara bulan depan, pada mulanya nampak seperti menerima kekalahan sebelum Haaland menyerang pada minit ke 90 yang juga memberi mata pembuka kepada pasukan pelawat itu.

Pemain tengah Dortmund, Jude Bellingham memberi penalti dalam separuh masa pertama apabila video bantuan pengadil (VAR) mengesahka­n beliau menghalang dengan tangan lalu Ondrej Duda menyempurn­akan gol penalti itu.

Satu kecuaian daripada pertahanan Dortmund Thomas Meunier telah membenarka­n pemain sayap Bawah-21 Jerman Ismail Jakobs untuk menjaringk­an gol pendahulu buat Cologne 2-1 sejam dalam perlawanan.

Haaland membuat cubaan dengan menanduk tinggi namun tersasar ke tiang sebelum memecah masuk pintu gol untuk mata penyamaan Dortmund.

Dortmund duduk di tangga kelima dan hanya empat mata daripada slot ke Liga JuaraJuara.

Eintracht Frankfurt, kelab di atas mereka, melangkah mudah dengan kemenangan 5-2 di tempat sendiri ke atas Union Berlin dengan pemain penyerang Andre Silva merembat gol dua kali. —

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Bayern Munich dan Stuttgart di Munich, Jerman.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Bayern Munich dan Stuttgart di Munich, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia