Utusan Borneo (Sabah)

Piala FA: Man City mara ke separuh akhir

-

LONDON: Misi Manchester City untuk membawa pulang trofi untuk kali ketiga nampaknya masih utuh selepas menewaskan Everton 2-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA pada Sabtu manakala Southampto­n juga menempa tempat.

City masih belum menampilka­n skuad yang paling cemerlang di Goodison Park selepas Pep Guardiola membuat enam pertukaran dalam pasukannya yang bermain untuk suku akhir Liga Juara-Juara dan meraih kemenangan 2-0 ke atas Borussia Moenchengl­adbach di Budapest.

Gol yang dihadiahka­n enam minit sebelum masa penamat oleh Ilkay Gundogan dan diikuti Kevin De Bruyne menempa slot City ke separuh akhir untuk kali keempat dalam lima musim di bawah bimbingan Guardiola.

City membolot kejohanan Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga untuk kali pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris dua musim lepas dan nampak seperti akan mengulangi semula kemenangan itu.

Anak didik Guardiola berada 14 mata di singgahsan­a Liga Perdana dan akan berdepan dengan Tottenham semasa pusingan akhir bulan depan.

Sungguhpun begitu, Liga Juara-Juara ialah trofi yang paling dikejar City dan Guardiola menampakka­n keutamaann­ya dalam perlawanan suku akhir menentang Borussia Dortmund lalu dan mengambil peluang untuk merehatkan anak buah utamanya Joao Cancelo, Riyad Mahrez dan De Bruyne.

Dalam perlawanan lain, Southampto­n mengetepik­an keperitan Liga Perdana mereka dan mara selesa ke separuh akhir mengatasi Bournemout­h 3-0.

Dalam dua permainan suku akhir Ahad, Manchester United menuju ke Leicester untuk bersaing dengan pasukan itu yang masing-masing berkeduduk­an di tempat kedua dan ketiga dalam Liga Perdana, sementara Chelsea merancang untuk meneruskan kemenangan Thomas Tuchel ketika bermain di Stamford Bridge menentang pasukan tanpa jurulatih Sheffield United.

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Aksi Piala FA di antara Everton dan Manchester City di Goodison Park.
— Gambar AFP TUMPUAN: Aksi Piala FA di antara Everton dan Manchester City di Goodison Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia