Utusan Borneo (Sabah)

SAFA harap lebih ramai generasi muda menceburi bidang pengadil

-

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berharap lebih ramai generasi muda negeri ini menceburi bidang pengadil.

Timbalan Presiden 1 SAFA Datuk Juil Nuatim berkata, mereka yang awal berkecimpu­ng dalam bidang pengadil lebih berpeluang untuk ke peringkat lebih tinggi.

“Apapun, keutamaan kita bukan hanya dari segi kuantiti tetapi yang paling penting adalah kualiti kerana kualitilah yang boleh membuka peluang seseorang pengadil itu ke peringkat lebih tinggi.

“Sebab itu, bagi pihak SAFA, kami berterima kasih kepada FAM kerana memberi peluang kepada negeri ini mengadakan seminar seperti ini,” katanya.

Juil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau berkata demikian semasa menyempurn­akan majlis penutupan Seminar Tahunan Pengadil dan Penilai Pengadil Liga Malaysia Musim 2021 Zon Sabah, malam kelmarin.

Seminar yang diadakan di sini pada 19 hingga 21 Mac itu disertai 18 Pengadil Pra Kebangsaan serta dua pengadil wanita.

Juil berkata, seminar itu adalah antara program pembanguna­n pengadil pertama Sabah tahun ini dan berharap lebih banyak program seumpama itu diadakan pada masa akan datang.

Beliau berharap seminar itu dimanfaatk­an peserta untuk menjadi pengadil dan penilai pengadil yang berintegri­ti dan jujur dalam melaksanak­an tugas.

“Selain kualiti, pengadil dan penilai pengadil perlu ada integriti dalam tugasan kerana ia secara tidak langsung akan turut meemberi kesan kepada pembanguna­n bola sepak,” katanya yang juga Timbalan Presiden KDM Malaysia.

Turut sama di majlis itu ialah Ketua Jabatan Pengadil FAM Kassim Kadir Bacha, Pegawai Pembanguna­n Pengadil Sabah Sani Tari dan semua Ahli Jawatankua­sa Pengadil Sabah.

 ??  ?? SEMINAR: Peserta seminar dan pegawai dari FAM serta AJK Pengadil Sabah bergambar kenangan bersama Juil (empat dari kanan) selepas majlis penutupan Seminar Tahunan Pengadil dan Penilai Pengadil Liga Malaysia Musim 2021 Zon Sabah di Kota Kinabalu malam kelmarin.
SEMINAR: Peserta seminar dan pegawai dari FAM serta AJK Pengadil Sabah bergambar kenangan bersama Juil (empat dari kanan) selepas majlis penutupan Seminar Tahunan Pengadil dan Penilai Pengadil Liga Malaysia Musim 2021 Zon Sabah di Kota Kinabalu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia