Utusan Borneo (Sabah)

Bono selamatkan satu mata buat Sevilla

-

MADRID: Penjaga gol Sevilla Bono menjaringk­an gol hebat pada minit ke-94 dan menyamakan keputusan 1-1 menentang Real Valladolid pada Sabtu.

Bono mara dengan sepakan sudut semasa masa kecederaan dan menyempurn­akan gol kemas semasa akhir perlawanan dari dalam kawasan untuk meraih satu mata buat Sevilla.

Keputusan itu meranapkan harapan Sevilla untuk kembali menyertai perlumbaan La Liga, dengan jurang empat mata daripada pasukan tempat ketiga Barcelona, yang bakal berdepan dengan Real Sociedad pada Ahad.

Namun ketika pasukan itu dapat meraikan lewat perlawanan, dengan hebatnya menyangkal kekalahan dalam cara yang mengagumka­n.

Bono ialah penjaga gol Sevilla yang pertama untuk menghadiah­kan gol dalam La Liga dan penjaga gol kedua dalam pasukan teratas Sepanyol musim ini, setelah Eibar menyaksika­n Marko Dmitrovic berjaya menyudahka­n penalti menentang Atletico Madrid pada Januari.

“Ini ialah permainan terakhir dalam kejohanan dan ia memberi kami merasa sedikit kegembiraa­n,” jurulatih Sevilla Julen Lopetegui. “Gol daripada penjaga gol bukanlah sesuatu yang normal.”

Bono berada di posisi betul pada masa yang tepat selepas tandukan Luuk de Jong disambut Oscar Rodriguez, namun hantaranny­a tersasar ke luar pintu gol.

Bola itu kemudianny­a dibawa semula oleh Youssef En-Nesyr, sementara Jules Kounde tidak dapat menyempurn­akan gol, beliau melorong ke arah Bono, yang memberi hantaran tangkas menerusi himpunan pemain terus ke dalam jaring.

Pemain Moroco itu meraikan dengan mengibar bajunya, dan dilayangka­n kad kuning ekoran itu, lalu lari ke bangku Sevilla dan disambut meriah ahli pasukan.

Valladolid pada mulanya mendahului sebelum habis separuh masa pertama, menyaksika­n Fabian Orellana menjaring masuk sepakan penalti untuk tuan rumah itu, yang kini kekal di tangga ke-16 liga. —

 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Bono menjaringk­an gol buat pasukannya pada aksi perlawanan La Liga di antara Real Valladolid dan Sevilla di Stadium Jose Zorilla.
— Gambar AFP HEBAT: Bono menjaringk­an gol buat pasukannya pada aksi perlawanan La Liga di antara Real Valladolid dan Sevilla di Stadium Jose Zorilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia